Steam Controller Akan Menjerit Jika Terjatuh

TechnologyGaming
14 May 2026 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Steam Controller Akan Menjerit Jika Terjatuh

Steam Controller mula dijual pada 4 Mei lalu dan dengan segera habis dijual serta menyebabkan operasi laman Valve tergendala seketika disebabkan trafik tinggi. Selepas hampir dua minggu dijual, pembeli Steam Controller mula menyedari alat kawalan ini boleh menjerit sekiranya ia terjatuh.

Ia kali pertama disedari oleh pengguna Reddit RF3D19. Alat kawalan beliau akan menjerit seperti audio Wilhelm Scream apabila ia terjatuh. Walaupun Steam Controller tidak mempunyai speaker terbina, bunyi jeritan ikonik yang digunakan dalam pelbagai filem seperti Star Wars dan Indiana Jones ini dihasilkan menerusi motor haptik alat kawalan.

Steam Controller hanya menjerit jika peranti menggunakan Steam Big Picture Mode dan ia tidak berlaku setiap masa. Selepas menjerit, pengguna perlu menanti sehingga seminit sebelum Steam Controller boleh menjerit.