Nombor ID Didalam Sistem Tempahan Memperlihatkan Steam Machine Mungkin Hadir Dengan Empat Jenis Berkas

TechnologyGaming
11 May 2026 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada penghujung tahun lepas, Valve telah memperkenalkan konsol PC mereka yang dinamakan Steam Machine, sebagai pengganti kepada komputer gaming yang kini dilihat semakin mahal untuk dijual. Pada minggu lepas, Valve telah membuka jualan untuk alat kawalan Steam Controller yang telah habis dijual dalam masa kurang dari satu jam sahaja.

Image from: Nombor ID Didalam Sistem Tempahan Memperlihatkan Steam Machine Mungkin Hadir Dengan Empat Jenis Berkas

Tetapi kini, laman sesawang jualan alat kawalan tersebut nampaknya telah dikemaskini dengan kod baharu yang memperlihatkan nombor ID untuk empat variasi model konsol Steam Machine, termasuklah 1629447, 1629446, 1629458 dan 1629460. Nombor ID ini juga ditemui telah disahkan melalui SteamDB sendiri, tetapi tidak mengesahkan apakah produk yang akan ditambatkan kepada angka-angka ini.

Image from: Nombor ID Didalam Sistem Tempahan Memperlihatkan Steam Machine Mungkin Hadir Dengan Empat Jenis Berkas

Apa yang diketahui ialah ia merupakan konsol Steam Machine, dan kebarangkalian besar ialah ia memperlihatkan konfigurasi Steam Machine dengan kapasiti storan 512GB dan 2TB, manakala dua lagi adalah model yang akan dijual bersama-sama dengan alat kawalan permainan Steam Controller.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah konsol Steam Machine akan dijual, dan apakah tanda harga yang akan diperlihatkan.