Steam Machine dan Frame Akan Dijual Seawal Julai

TechnologyGaming
5 Jun 2026 • 7:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Valve pagi ini mengumumkan konsol Steam Machine dan set kepala Steam Frame akan mula dijual pada musim panas ini. Tiada tarikh muktamad bila ia akan dijual tetapi musim panas secara rasmi bermula pada bulan Julai. Pelancaran kedua-dua peranti ini tertunda beberapa kali berikutan krisis komponen RAM dan Valve dilaporkan tidak dapat menetapkan harga jualan atas sebab yang sama. Pengumuman sudah dilakukan tetapi Valve belum lagi menyatakan harga jualan Steam Machine dan Frame.

Image from: Steam Machine dan Frame Akan Dijual Seawal Julai

Steam Machine dilengkapi cip AMD Zen 4 6C / 12T dengan kelajuan mencecah 4.8 GHz, GPU AMD RDNA3 dengan 28CU serta 8GB GDDR6 VRAM, memori sebesar 16GB DDR5 dan storan SSD sehingga 1TB NVMe. Storan boleh ditambah menggunakan kad microSD. Menurut Valve, Steam Machine generasi baharu ini ialah enam kali ganda lebih berkuasa berbanding Steam Deck membolehkan ia menjalankan permainan AAA sehingga tetapan 8K 30p.

Image from: Steam Machine dan Frame Akan Dijual Seawal Julai

Sementara itu Steam Frame pula Steam Frame dilengkapi dwi skrin LCD dengan resolusi 2160 x 2160 pixel, cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 16GB LPDDR5X, storan sehingga 1TB dan bateri 21.6 Wh. Kedua-dua perkakasan Valve ini menggunakan SteamOS 3.