Steamboat Yang Menarik Di Kuching, Jom Cuba Di Makan Makan Hotpot & Grill Buffet

18 Jul 2022 • 12:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sangat sesuai untuk anda yang ingin menikmati buffet bersama keluarga atau kawan-kawan anda.

Steamboat Yang Menarik Di Kuching, Jom Cuba Di Makan Makan Hotpot & Grill Buffet. Jika anda sudah jemu dengan hidangan buffet yang typical di Kuching ini, apa kata anda cuba hidangan buffet di Makan Makan Hotpot & Grill Buffet.

Makan Makan Hotpot ini terletak di Jalan Kuching City Mall West, Batu Kawa. Di tempat ini, mereka hidangkan pelbagai menu yang PREMIUM tidak seperti tempat yang lain antaranya ialah daging Wagyu dan Udang Harimau saiz XXL. Wahh boleh tahan ya menunya!

Dalam masa 2 jam, anda boleh makan sepuas hati!

Dengan harga yang amat berpatutan, anda boleh makan sehingga anda kenyang dan puas hati! Menu yang dihidangkan juga adalah berkualiti tinggi dan apa yang paling menarik bagi kami adalah anda boleh pilih pelbagai jenis seafood seperti udang dan ketam yang fresh untuk dijadikan menu hotpot!

image is not available
Steamboat Yang Menarik Di Kuching, Jom Cuba Di Makan Makan Hotpot & Grill Buffet. Kredit gambar: FB Makan Makan Hotpot and Grill Buffet

Untuk bayarannya pula, pada hari Isnin hingga Khamis hanya RM 36.90 bagi dewasa. Manakala kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun hanyalah RM 15.90 dan kanak-kanak yang berumur 7 tahun kebawah, free of charge! Bolehla bawa satu family kat sini image is not available

Berpatutan, bukan?

Pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan waktu cuti umum pula harganya agak sedikit berlainan. Bagi dewasa hanyalah RM39.90 dan manakala kanak-kanak ialah RM17.90 sahaja.

image is not available
Steamboat Yang Menarik Di Kuching, Jom Cuba Di Makan Makan Hotpot & Grill Buffet. Sumber gambar: FB Nur Alieevyaa

Untuk pengetahuan anda, mereka juga sentiasa membuat promosi untuk apa-apa jenis perayaan. Jadi kena stay alert tau! Dapat makan murah sikit hehehe. Mereka juga hanya menerima tempahan untuk dine-in sahaja. Jadi, untuk anda yang ingin ke sini kena tempah melalui no telefon di bawah:

Lokasi: Di Belakang CCK Local Kuching City Mall, Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak
No telefon: 012-852 8988
Waktu beroperasi: 12pm – 9.30pm (Setiap Hari)

image is not available
Sumber gambar: FB Nur Alieevyaa

Jika anda ingin mencari tempat makan yang menarik di Kuching, kami telah sediakan artikel tempat makan Kuching yang menarik di bawah: