Menyajikan Makanan Thailand Fusion Unik, Ketahui Restoran Thai Jai Di Kuching

18 Jul 2022 • 2:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom makan di sini!

Menyajikan Makanan Thailand Fusion Unik, Ketahui Restoran Thai Jai Di Kuching. Thailand, sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara sememangnya terkenal dengan kepelbagaian menu makanan unik dan lazat.

Bagi anda di luar sana yang ingin menikmati keenakan makanan Thailand di Kuching, Thai Jai adalah restoran terbaik buat anda.

image is not available
Menyajikan Makanan Thailand Fusion Unik, Ketahui Restoran Thai Jai Di Kuching. Kredit gambar: @ThaiJai19

image is not available
Kredit gambar: @ThaiJai19

Anda boleh menikmati makanan Thailand Fusion

Apa yang menjadi tarikan di restoran ini adalah anda boleh menikmati makanan Thailand Fusion di mana mereka menggabungkan masakan Thailand dan juga masakan Western di dalam menu makanan mereka.

Suasana di dalam restoran ini bersih selesa dan reka bentuk meja dan kerusi makan mereka yang tinggi juga merupakan tarikan di sini kerana ianya amat unik!

image is not available
Kredit gambar: @ThaiJai19

image is not available
Kredit gambar: @ThaiJai19

Thai Jai sudah beroperasi selama 3 tahun

Thai Jai yang sudah beroperasi selama 3 tahun lamanya hanya mengihidangkan makanan berkualiti tinggi buat para pelanggan mereka dengan harga amat berpatutan.

Antara menu menarik yang anda boleh cuba di sini adalah, Seared Chicken Cilantro Thai Pesto, Thai Chicken Pesto Angel Hair, Pad Thai dan banyak lagi. Restoran ini juga dijamin Halal oleh Jakim, jadi semua orang boleh makan di sini!

Lokasi: Jalan Tun Jugah, Taman Daya, 93350 Kuching, Sarawak.

Lagi di sini: