SteamOS 3.7.8 Dilancarkan Dengan Sokongan Cip AMD Untuk ROG Ally dan Legion Go

TechnologyGamingDigital
23 May 2025 • 5:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Valve memberikan kemas kini SteamOS 3.7.8 yang membawakan sokongan cip AMD. Ini sekaligus membolehkan pemilik konsol mudah alih ROG Ally dan Legion Go untuk menukar sistem operasi daripada Windows sebelum ini. Sebelum ini sokongan hanya diberikan di peringkat ujian dengan pengguna melaporkan beberapa isu konsol menjadi tidak stabil.

image is not available
Lenovo Legion Go S

Serentak dengan kemas kini ini, Lenovo Legion Go S versi SteamOS juga mula dijual secara rasmi selepas diumumkan pada Januari lalu. Kemas kini ini amatlah dinantikan peminta konsol mudah alih selepas Valve mengumumkan mereka akan menyokong SteamOS pada konsol selain Steam Deck juga pada Januari lalu.

Selain sokongan cip AMD, SteamOS 3.7.8 turut menambah baik sokongan alat kawalan permainan pihak ketiga dan sokongan melihat tahap bateri peranti bluetooth yang ditambat kepada konsol. Bagi yang risau dengan hayat bateri, ciri menghadkan pengecasan 80% turut diberikan bersama kemas kini ini.