Xiaomi Akan Perkenal Cip SoC Yang Dibangunkan Sendiri – Xring01

TechnologyDigital
15 May 2025 • 10:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lei Jun, CEO Xiaomi hari ini mengumumkan Xiaomi telah membangunkan cip SoC untuk telefon pintar yang tersendiri, dinamakan Xring01. Cip ini bakal dilancarkan pada penghujung Mei 2025 ini.

image is not available

Untuk makluman, Xiaomi sedia membangunkan beberapa cip dengan fungsi khusus sebelum ini, termasuk untuk pengimejan dan juga pengurusan tenaga. Dengan membangunkan cip pemprosesan penuh ini, Xiaomi dilihat mengambil langkah awal mengurangkan kebergantungan kepada syarikat luar, dan hadir dengan pembangunan tersendiri yang mengintegrasikan pelbagai ekosistem mereka.

Pada hari ini, beberapa pengeluar peranti sedia membangunkan cip mereka tersendiri, termasuk Huawei, Samsung dan Apple. Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk cip pemprosesan ini masih tidak dikongsikan lagi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung Mei ini untuk melihat sendiri penawaran SoC tersendiri Xiaomi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved