Steers Drive-Thru, Debonairs Pizza kini dibuka di Petronas Mutiara Damansara

Business & Finance
29 Oct 2026 • 11:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Steers Drive-Thru, Debonairs Pizza kini dibuka di Petronas Mutiara Damansara
Dari kiri: Amirul Asraf, Azrul Osman Rani, Datuk Anuar Ahmad, Adolph Mundalamo, Norazlan Subaha, Azureen Azita Abdullah serta Muhammad Israk ketika majlis pelancaran rasmi Steers dan Debonairs Pizza di Stesen Petronas Mutiara Damansara pada Rabu.
Image from: Steers Drive-Thru, Debonairs Pizza kini dibuka di Petronas Mutiara Damansara
Debonairs Pizza menyajikan doh segar dengan sos istimewa dan 'topping' melimpah yang sesuai dikongsi bersama.
Image from: Steers Drive-Thru, Debonairs Pizza kini dibuka di Petronas Mutiara Damansara
Norazlan menyerahkan pesanan pandu lalu Steers yang pertama kepada pelanggan.

CABANG perniagaan runcit Petronas Dagangan Berhad (PDB) iaitu Mesra Retail & Café Sdn Bhd (Mesra), pengendali Steers serta Debonairs Pizza di Malaysia pada Rabu mengumumkan pembukaan cawangan pandu lalu Steers pertama di Malaysia dan restoran Debonairs Pizza di stesen Petronas Mutiara Damansara.

Ketua Pegawai Eksekutif Mesra Retail & Café Sdn Bhd (MRCSB), Norazlan Subaha berkata, kedua-dua jenama membawa cita rasa tersendiri dari Afrika Selatan kepada masyarakat setempat, di samping menawarkan lebih banyak pilihan makanan dan minuman (F&B) di stesen tersebut.

Menurut beliau, Steers Mutiara Damansara Drive-Thru menyajikan burger dan ayam panggang atas api untuk dinikmati di restoran atau dibungkus bawa pulang, manakala Debonairs Pizza menawarkan piza dengan 'topping' melimpah.

**media[3692687]**

"Pembukaan ini menyokong usaha PDB untuk memperkukuh perniagaan runcit bukan bahan api melalui Mesra dengan menjadikan stesen Petronas sebagai tempat persinggahan yang lebih mudah.

"Dengan membawa Steers dan Debonairs Pizza ke stesen Petronas Mutiara Damansara, kami menambah pilihan tersedia menerusi jenama yang dikenali dengan makanan berkualiti, cita rasa tersendiri serta komitmen terhadap kepuasan pelanggan.

“Pembukaan pandu lalu Steers pertama di Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan berkualiti khususnya ketika dalam perjalanan," katanya ketika majlis perasmian pembukaan pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas PDB, Azrul Osman Rani; Pengerusi MRCSB, Datuk Anuar Ahmad; Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Adolph Mundalamo; Ketua Pegawai Operasi PDB, Azureen Azita Abdullah; Pengurus Restoran Debonairs Pizza Petronas Mutiara Damansara, Muhammad Israk serta Pengurus Restoran Steers Petronas Mutiara Damansara, Amirul Asraf.

Seiring dengan rancangan pengembangan operasi di Lembah Klang dan pasaran utama lain, Norazlan memaklumkan, pihaknya merancang untuk membawa Steers serta Debonairs Pizza ke lebih banyak stesen Petronas, pusat beli-belah terpilih dan lokasi strategik lain.

Jelasnya, matlamat Mesra adalah untuk menawarkan makanan berkualiti, perkhidmatan yang baik dan kemudahan lebih dekat dengan kediaman, tempat kerja serta laluan perjalanan rakyat Malaysia.

**media[3692685]**

Steers berasal dari Afrika Selatan sejak 60-an dan terkenal dengan burger serta ayam panggang atas api.

Berpegang pada 'Real Food, Made Real Good', Steers menjadikan kaedah memanggang terus di atas api sebagai keistimewaan menunya.

Burgernya menggunakan 100 peratus daging lembu asli dan roti yang dibakar segar, dilengkapi sos BBQ istimewa serta kentang goreng berperisa.

Di sebelahnya, Debonairs Pizza menghidupkan janji 'Make the Ordinary Extraordinary' menerusi doh yang disediakan segar, sos istimewa dan piza dengan 'topping' melimpah.

Debonairs Pizza pula ditubuhkan di Afrika Selatan pada 1991 dan kini merupakan antara jenama piza yang paling digemari di negara itu.

Mesra memegang lesen induk eksklusif bagi Steers dan Debonairs Pizza daripada Famous Brands, syarikat francais restoran asal Afrika Selatan.

Pembukaan cawangan di Mutiara Damansara meneruskan perkembangan kedua-dua jenama ini di Malaysia selepas lokasi pertamanya di Bangi, dengan peluasan seterusnya dirancang di sekitar Lembah Klang.

Pelanggan kini boleh mengunjungi Steers Mutiara Damansara Drive-Thru dan Debonairs Pizza Mutiara Damansara di stesen Petronas Mutiara Damansara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved