Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Korang yang suka burger panggang atau piza dengan topping melimpah, ada berita baik! Kini, korang boleh menikmati kedua-duanya di satu lokasi apabila Steers dan Debonairs Pizza dibuka di Stesen PETRONAS Mutiara Damansara.
Lebih menarik, cawangan Steers di lokasi ini merupakan cawangan pandu lalu pertama Steers di Malaysia, jadi pelanggan boleh mendapatkan makanan kegemaran tanpa perlu keluar dari kereta.
Pembukaan kedua-dua restoran ini diumumkan oleh Mesra Retail & Café Sdn Bhd (MESRA), cabang perniagaan runcit PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) yang mengendalikan Steers dan Debonairs Pizza di Malaysia, pada 28 Oktober 2026.
Kedua-dua jenama yang berasal dari Afrika Selatan ini menawarkan pilihan makanan berbeza untuk pelanggan yang mahu menjamu selera di restoran atau membawa pulang makanan mereka.
Steers Tawar Burger Dan Ayam Panggang, Kini Boleh Order Dari Kereta

Kalau korang peminat burger dengan aroma panggang yang menyelerakan, Steers mungkin boleh masuk dalam senarai tempat makan korang selepas ini.
Berpegang pada slogan “Real Food, Made Real Good”, Steers terkenal dengan hidangan yang dipanggang terus di atas api, termasuk burger menggunakan 100% daging lembu asli, roti yang dibakar segar, sos BBQ istimewa dan kentang goreng berperisa.
Bukan burger sahaja, ayam panggangnya juga disediakan segar mengikut pesanan bagi mengekalkan rasa dan aroma berasap yang menjadi identiti jenama ini.
Sesuai untuk korang yang mencari makanan tengah hari, makan malam atau sekadar mahu mengisi perut ketika dalam perjalanan.
Paling memudahkan, kemudahan pandu lalu di Steers Mutiara Damansara membolehkan pelanggan membuat pesanan dan mengambil makanan tanpa perlu keluar dari kenderaan.
Jadi, sama ada korang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, membawa keluarga keluar atau mahu mendapatkan makanan dengan lebih mudah, pilihan ini boleh menjadikan persinggahan korang lebih praktikal.
Debonairs Pizza Pula Dengan Topping Melimpah, Sesuai Makan Ramai-Ramai
Kalau burger bukan pilihan korang, jangan risau. Di sebelah Steers, ada pula Debonairs Pizza yang terkenal dengan piza bertopping melimpah.
Membawakan slogan “Make the Ordinary Extraordinary”, jenama ini menawarkan piza menggunakan doh yang disediakan segar, sos istimewa dan pelbagai topping yang sesuai dinikmati bersama.
Menunya boleh menjadi pilihan untuk makan bersama keluarga, berkumpul dengan rakan-rakan atau menikmati makan malam secara santai.
Korang juga boleh memilih untuk menjamu selera di restoran atau membawa pulang piza untuk dinikmati bersama orang tersayang.
Untuk makluman, kedua-dua restoran menggunakan bahan-bahan yang diperakui halal.
Stesen PETRONAS Kini Bukan Sekadar Tempat Isi Minyak
Pembukaan Steers dan Debonairs Pizza ini turut mencerminkan usaha PDB untuk memperkukuh perniagaan runcit bukan bahan api menerusi MESRA.
Menerusi penambahan pilihan makanan dan minuman ini, stesen PETRONAS terus dikembangkan sebagai lokasi persinggahan yang menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan, termasuk untuk membeli-belah dan memenuhi keperluan harian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MESRA, Norazlan Subaha, pelanggan kini semakin melihat stesen PETRONAS sebagai tempat persinggahan untuk pelbagai keperluan, bukan sekadar mengisi minyak.
“Pelanggan kini semakin melihat stesen PETRONAS sebagai tempat persinggahan untuk pelbagai keperluan, bukan sekadar mengisi minyak. Mereka menghargai kualiti, kemudahan dan pengalaman yang melengkapi perjalanan harian mereka.
“Dengan membawa Steers dan Debonairs Pizza ke Stesen PETRONAS Mutiara Damansara, kami menambah pilihan yang tersedia menerusi jenama yang dipercayai dan dikenali dengan makanan berkualiti, cita rasa tersendiri serta komitmen terhadap kepuasan pelanggan.”
Lepas Bangi, Kini Mutiara Damansara Jadi Lokasi Kedua
Untuk korang yang baru mengenali kedua-dua jenama ini, Mutiara Damansara merupakan lokasi kedua Steers dan Debonairs Pizza di Malaysia selepas cawangan pertama mereka dibuka di Bangi pada Disember 2025.
Steers mula bertapak di Afrika Selatan sejak awal 1960-an dan dikenali dengan burger serta ayam panggang api. Debonairs Pizza pula ditubuhkan pada 1991 dan terkenal dengan inovasi menu serta piza yang mempunyai topping melimpah.
MESRA memegang lesen induk eksklusif bagi kedua-dua jenama ini daripada Famous Brands, syarikat francais restoran dari Afrika Selatan.
Menurut Norazlan, pembukaan cawangan pandu lalu Steers yang pertama di Malaysia juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan berkualiti, khususnya ketika dalam perjalanan.
Beliau berkata, pihaknya merancang untuk mengembangkan operasi Steers dan Debonairs Pizza ke lebih banyak stesen PETRONAS, pusat beli-belah terpilih dan lokasi strategik lain, selari dengan usaha memperluas kehadiran kedua-dua jenama di Lembah Klang dan pasaran utama lain.
Jadi, kalau korang berada di sekitar Mutiara Damansara dan mahu mencuba burger panggang api atau piza dengan topping melimpah, bolehlah singgah di Steers Mutiara Damansara Drive-Thru dan Debonairs Pizza Mutiara Damansara di Stesen PETRONAS Mutiara Damansara.
Sumber: Siaran media Petronas
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






