Step Vibes 1.0 ‘pecah panggung’, tarik peserta rentas negeri

Health & FitnessLifestyle
1 Aug 2026 • 3:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Step Vibes 1.0 ‘pecah panggung’, tarik peserta rentas negeri

KUALA LUMPUR – Penganjuran sulung Step Vibes 1.0 membuktikan rakyat Malaysia semakin mengutamakan gaya hidup sihat apabila acara berkonsepkan zumba itu berjaya menghimpunkan kira-kira 400 seluruh negara hari ini.

Penganjurnya, Azuein Alonto berkata, acara yang berkonsepkan ‘Fitness in the sky’ dengan tema ‘Glow in the dark’ mendapat sambutan jauh melepasi sasaran awal iaitu sekitar 250 peserta.

“Apabila hari acara berlangsung, jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 400 orang. Kami memang tidak sangka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, kejayaan itu turut didorong oleh kekuatan komuniti zumba yang sanggup merentas negeri untuk menyertai acara berkenaan, termasuk membawa bersama kumpulan pengikut jurulatih masing-masing.

Seramai 15 jurulatih zumba atau dikenali sebagai ‘Zin’ memeriahkan acara itu dengan pelbagai genre muzik termasuk hip-hop, selain kehadiran seorang jurulatih jemputan dari Indonesia, Zin Flo.

“Ada jurulatih dari Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain. Mereka datang bersama pengikut masing-masing. Semangat komuniti ini yang membuatkan saya benar-benar kagum,” ujarnya.

Image from: Step Vibes 1.0 ‘pecah panggung’, tarik peserta rentas negeri
Seramai 15 jurulatih zumba memeriahkan Step Vibes 1.0 dengan pelbagai genre muzik.

Azuein berkata, peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur antara 12 tahun hingga 68 tahun.

“Ramai peserta berusia lebih 50 tahun masih aktif dan bertenaga. Saya juga terkejut melihat semakin ramai golongan muda termasuk Gen Z kini menjadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka,” katanya.

Mengulas perancangan seterusnya, beliau berkata, Step Vibes 2.0 dijangka dianjurkan sebelum penghujung tahun ini dengan skala lebih besar, termasuk memperkenalkan acara ‘fun run’ sebelum diteruskan dengan sesi zumba.

“Kita sasar tempat yang boleh memuatkan 2,000 orang. Kita nak jadikan program kecergasan ini sebagai acara menarik untuk semua peringkat usia dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Program Step Vibes 1.0 mendapat tajaan utama daripada Fucoaxis, manakala KOSMO! sebagai rakan media acara tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Step Vibes 1.0 ‘pecah panggung’, tarik peserta rentas negeri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved