
Kota Kinabalu: Steps Kota Kinabalu dan White Eagle masing-masing muncul sebagai pemenang lelaki dan perempuan dalam Kejohanan Hoki Bawah-14 Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) anjuran Persatuan Hoki Kota Kinabalu di Stadium Hoki Likas pada hujung minggu lalu.
Steps menewaskan SMK Likas 1-0 dengan gol kemenangan dijaringkan oleh Elazer Brendly di final, sementara White Eagle menewaskan SMK Kota Marudu 2-1 menerusi pukulan penalti.
Edlin Syntia Johnny dan LC Lia Anisa Rasimon menyempurnakan pukulan penalti untuk White Eagle dan SMK Kota Marudu hanya dapat membalas menerusi Cholen Gerald Joe. Di semi final, Steps menewaskan Island Boys 2-0 sementara SMK Likas mengatasi Black Eagle 4-3 menerusi penalti.
Kategori perempuan menyaksikan SMK Kota Marudu menang 2-0 menerusi penalti ke atas pasukan Island Girls, dan White Eagles menewaskan SK Lampaki (2) 2-1 juga menerusi penalti.
Majlis penutupan dirasmikan oleh Setiausaha Politk kepada Ketua Menteri, Ceasar Mandela Malakun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



