Studio televisyen milik kerajaan Iran dilaporkan diserang ketika siaran langsung apabila satu serangan udara oleh Israel menggegarkan bangunan tersebut. Serangan berlaku kira-kira sejam selepas amaran dikeluarkan oleh tentera Israel terhadap kawasan di Tehran di mana stesen itu terletak.
Ketika kejadian, penyampai berita Sahar Emami dari saluran Islamic Republic of Iran News Network (IRINN) dilihat tergesa-gesa meninggalkan skrin dan kedengaran seorang individu menyebut “Allahuakbar” di latar belakang.
‼️ Iran's state TV in Tehran destroyed and on fire after Israeli airstrike
The presenter, who was live on air during the attack on Iranian TV headquarters, has already returned to the air. https://t.co/8FyHQ2cmRJ pic.twitter.com/nQK7P0PDpC
Rakaman visual menunjukkan asap dan api menjulang di langit Tehran. IRINN kemudian mengesahkan bangunan mereka terkena empat bom.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengakui bertanggungjawab atas serangan itu.
“Pihak penyiaran propaganda dan hasutan rejim Iran telah diserang oleh IDF selepas pemindahan besar-besaran penduduk di kawasan tersebut. Kami akan menyerang diktator Iran di mana sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, mengecam serangan tersebut dan menyeru masyarakat antarabangsa menuntut keadilan terhadap serangan ke atas media.
“Dunia sedang memerhati: menyerang pejabat agensi berita #IRIB ketika siaran langsung adalah jenayah perang yang kejam,” tulisnya di platform X.
The world is watching: targeting Iran's news agency #IRIB's office during live broadcast is a wicked act of war crime. Israeli regime is the biggest enemy of truth and is the No#1 killer of #journalists and #media people.
The UNSC must act now to stop the genocidal aggressor…
Video yang tersebar di media sosial menunjukkan bangunan IRINN yang digelar “bangunan kaca” masih terbakar. Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai jumlah korban. Seorang penyampai memaklumkan beberapa kakitangan cedera, namun meminta ahli keluarga mereka agar tidak bimbang.
IRINN memaklumkan bahawa semua siaran langsung telah dipindahkan ke studio lain yang menyerupai studio radio.
Sumber: Politico
The post Stesen TV Iran diserang Israel ketika siaran langsung appeared first on The Reporter.

