Stesen TV Terkenal Dikecam, Jadikan Lee Chong Wei & Lin Dan Sebagai ‘Meme’ Tular – “Ini Satu Penghinaan Terhadap Hero Malaysia”

EntertainmentSports
22 Jul 2025 • 11:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah stesen televisyen terkenal menerima kecaman di media sosial selepas mereka berkongsi foto meme yang kini tular iaitu pasangan CEO dan Ketua HR syarikat ayng kantoi menjalinkan hubungan.

image is not available 2025-07-18 11:27:17

CEO Kantoi Curang Dengan Ketua HR Syarikat, Syok Peluk Erat Di Konsert Coldplay - "Beribu Orang Jadi Saksi..."

Menerusi Facebook, stesen TV tersebut telah sertai trend meme yang tular di serata dunia namun mereka dikecam teruk oleh netizen kerana menggunakan sosok yang terkenal dan dihormati.

Berdasarkan hantaran itu, foto CEO dan ketua HR tersebut telah digantikan dengan bekas pemain badminton handal China, Lin Dan bersama jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (DLCW).

image is not available

Hantaran tersebut bagaimanapun serta merta menerima pelbagai respon dan sesetengah menganggap ia satu penghinaan buat hero Malaysia itu.

Tak kelakar, saya rasa ini sudah melampau.

image is not available image is not available

Bagaimanapun, ada juga komen daripada sesetengah netizen yang berpendapat ia hanyalah jenaka semata-mata dan mereka berasa DLCW tidak akan sentap dengan hantaran itu.

Ramai orang ambil serius. Ini hanya meme, relax sudah. Tak mendatangkan bahaya pun.

image is not available image is not available image is not available