Steven Sim Guna Duit Poket Sendiri, Tanggung Kos Pembedahan Pensyarah Zaman Belajar [Video]

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 10:32 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Steven Sim Guna Duit Poket Sendiri, Tanggung Kos Pembedahan Pensyarah Zaman Belajar [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong sememangnya dikenali dengan sikap suka membantu golongan yang memerlukan.

Malah semalam (22 Jun), Steven yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu sekali lagi menjadi bualan apabila membantu melangsaikan kos pembedahan seorang pensyarahnya ketika zaman belajar.

Dah Kenal Pensyarah Lebih 20 Tahun, Jadi Reader Kepada Pensyarah

Kongsi Steven dalam satu hantaran di Facebook, dia telah mengenali pensyarahnya, Dr Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Rus yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) buta penglihatan sejak lebih 20 tahun lalu ketika belajar di Universiti Malaya (UM).

Malah, Steven dan bekas Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah, UM itu masih berhubung sehingga kini apatah lagi Steven sebelum ini pernah membantu rakan Dr Kamal iaitu Dr Ilham yang juga merupakan OKU penglihatan menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

“Saya kenal Dr Kamal dah lebih 20 tahun, zaman saya belajar kat Universiti Malaya lagi. Masa tu walaupun saya bukan student sejarah tapi tiap minggu saya pergi ke Jabatan Sejarah jadi ‘pembaca’ untuk Encik Kamal, seorang lecture buta yang sedang buat PhD.

“Kami keep in touch sampai sekarang. Beberapa tahun dulu, Dr. Kamal ajak saya bantu seorang student PhD buta penglihatan. Cerita Dr. Ilham yang saya ada share dekat ini. Dr. Ilham kini dah ganti tempat Dr. Kamal dekat UM selepas Kamal bersara,” katanya.

Pensyarah Hidap Barah Kolon Perlukan RM20,000 Untuk Pembedahan, Steven Sim Bantu Guna Duit Sendiri

Kongsi Steven, dia dikejutkan dengan berita bekas pensyarah Universiti Malaya itu menghidap barah kolon pada bulan lalu dan memerlukan RM20,000 untuk pembedahan.

“Saya bagitau Dr. Kamal usah bimbang pasai kos, fokus saja berubat sampai sihat balik. Bab wang ringgit, biar saya yang cari jalan.

“Hari ini saya datang tunaikan janji saya. Dr. Kamal masuk wad untuk bersiap sedia menjalani pembedahan dalam masa 2 hari lagi. Saya bantu langsaikan RM20,000 itu. Ini duit poket saya sendiri. Bukan peruntukan kerajaan,” katanya.

Anggap Jasa Pensyarah Cukup Besar Meskipun Buta Penglihatan

Malah, Steven turut menyifatkan jasa Dr Kamal terhadap pendidikan amat besar meskipun beliau mempunyai masalah penglihatan.

“Dr. Kamal dan isterinya Kak Ana dah diuji macam-macam dalam hidup mereka. Walaupun buta penglihatan, jasa Dr. Kamal cukup besar mendidik satu generasi student-student sejarah kat UM.

“Saya sebenarnya lah yang banyak mendapat habuan daripada Dr. Kamal. Daripada menumpang ilmu di sisi usaha dia buat PhD, sampai saya boleh mencedok sedikit pahala bantu Dr Ilham dan kini menyumbang sedikit kudrat agar Dr. Kamal sihat semula, saya kira saya lagi untung di hujung penghitungan ini,” katanya.

Pensyarah Sebak, Dedah Steven Dah Banyak Tolong Sejak Zaman Bergelar Mahasiswa

Menerusi video yang turut dikongsikan di TikTok @stevensimck, pensyarah berkenaan sebak apabila mengenang jasa Steven yang banyak membantunya sejak dari zaman belajar lagi.

“Saya kenal YB sebelum dia masuk politik. Sikap suka tolong orang ni, bukan kerana dia ahli politik. Setengah orang ingat ‘oh dia ahli politik, buat macam tu. No, sebelum dia jadi ahli politik lagi dia suka tolong orang,” katanya sebak.

Malah kongsi Dr Kamal, Steven pernah membantu membayarkan komputer riba sedangkan Steven sendiri merupakan seorang pelajar pada ketika itu.

“Kamu tolong saya bawa pergi Midvalley, saya nak beli komputer, tiba-tiba kad bank saya tak boleh guna, kamu keluarkan duit sendiri. Masa tu dia student, saya terkejut,” kongsinya lagi.

@stevensimck

Dr Kamal, jangan bimbang pasai kos, fokus berubat sampai sihat. Wang ringgit saya akan ikhtiarkan, itu janji Steven #fyp #ziarah

♬ bunyi asal – ridzONE5277 – POKQU

Tonton video penuh [DI SINI]

Steven Doakan Kebaikan Buat Pensyarah

Pada masa sama, Steven turut mendoakan agar bekas pensyarahnya itu dikurniakan kesihatan yang baik.

“Saya doakan agar Dr. Kamal dikurnia keafiatan. You are in very good hands Dr. Kamal, I’ll see you after the surgery. Saya janji saya akan bacakan untuk Dr. Kamal 20 tahun dulu masa kita kat UM,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Kekurangan Bukan Halangan, Steven Sim Bangga OKU Penglihatan Berjaya Raih PhD [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dari Sembang Kosong Atas Motor, Rider Terkejut Steven Sim Bantu Bayarkan Insurans Keluarga Selama Setahun

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Steven Sim Sudi Sumbang Van Buat Sekolah Khas Di Permatang Pauh Meski Bukan MP Kawasan [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved