Steven Sim masuk hospital, doktor nasihat untuk berehat seketika

LocalPolitics
20 Feb 2026 • 12:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong telah dimasukkan ke hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina selepas mengalami keletihan akibat jadual kerja yang padat.

Steven Sim masuk hospital

Menerusi satu muat naik gambar di laman Facebook rasminya, Steven Sim memaklumkan bahawa doktor telah menasihati beliau untuk mengambil rehat secukupnya bagi memulihkan kesihatan.

“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada Tahun Baharu Cina hari keempat. Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika,” tulisnya hari ini.
image is not available

Foto: Facebook Steven Sim Chee Keong

Gambar tersebut memaparkan beliau sedang terlantar di katil hospital dengan beberapa wayar pemantauan, menunjukkan keseriusan beliau menitikberatkan rawatan perubatan yang diperlukan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu juga menyatakan bahawa beliau akan kembali tidak lama lagi dengan lebih kuat dan semangat.

“Saya akan kembali tidak lama lagi, lebih kuat! Jalan teruih,” ujarnya.

Artikel lain: Ringankan beban, Steven Sim sumbang RM20,000 bantu pemuda yatim piatu tamatkan pengajian

image is not available

Foto arkib: Bernama

Rata-rata netizen di media sosial memberikan kata semangat, mendoakan agar beliau cepat sembuh serta menasihati supaya menjaga diri dan mengambil masa secukupnya untuk berehat.

Semoga cepat sembuh!

image is not available

Jaga diri dan kesihatan!

image is not available

Hantaran berkenaan merupakan kemas kini terbaharu beliau di laman Facebook rasmi, selepas hampir sebulan tanpa sebarang perkongsian kemungkinan disebabkan kesibukan tugas serta urusan rasmi.

Sumber: Facebook Steven Sim Chee Keong