Steven Sim tulis puisi untuk Pak Samad

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 8:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Steven Sim tulis puisi untuk Pak SamadKUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong antara yang turut terkesan dengan kematian Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr. A. Samad Said petang semalam.Dalam catatan di media sosialnya, Steven melahirkan penghargaan kepada Sasterawan Negara itu yang juga pernah bersama-sama dengan perjuangan politik beliau.“Terima kasih Pak Samad kerana mengajar bukan sahaja dengan kata-kata malah mengajar dengan teladan jiwa hidupmu bahawa sastera dan siasah berpisah tiada. Semoga tenang di sana Bapak,” ujar beliau.Beliau turut menyiarkan semula puisi yang pernah ditulisnya sendiri untuk Sasterawan Negara itu.“Saya mengarang puisi ini sebagai penghormatan buat Pak Samad: Bait pertama pada 2015 ketika beliau menyertai DAP, manakala bait-bait yang lain pada 2017, digubal dengan tajuk-tajuk karya beliau,” katanya.Puisi yang ditulis berdasarkan tajuk-tajuk buku karya A.Samad Said itu adalah:-Pabila angkuh berlagak pandai,Pabila ombak melanggar pantai;Pabila Negara kian tergadai,Pak Samad menyertai partai.Bendera Merah di atas Bukit,Nun di sana seorang petapa,Tatkala parah seribu prajurit,Nun di sana seorang pujangga.Langit Petang beralih masa,Suara Rasa sunyi menyata,Pencinta aman kekasih bangsa,Bersilat dengan kata-kata.Daun Berguguran panah bersilang,Wira Bukit beradu kuat,Filsuf Sartre pernah bilang,Kata-kata itu pistol bermuat.Liar di Api, si anak watan,Berjuang Di atas Padang Sejarah,Biar di hati sarat harapan,Berjuang bersama Sang Sastera.  – UTUSAN

The post Steven Sim tulis puisi untuk Pak Samad appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved