
KUALA LUMPUR – Rakaman sekumpulan burung merpati berkumpul di sekitar pusara Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A. Samad Said, menarik perhatian pengguna media sosial selepas Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Rabu.
Video tersebut dikongsikan pengguna Threads, @nyzamferiy, yang memaparkan beberapa ekor burung merpati berada di sekitar kawasan pusara Allahyarham.
Menerusi hantaran itu, pengguna berkenaan menyifatkan kehadiran burung-burung tersebut seolah-olah menanti kepulangan sang pujangga ke tempat persemadiannya.
Perkongsian itu turut disertakan ucapan takziah dan penghargaan terhadap sumbangan Allahyarham dalam dunia kesusasteraan tanah air.
Dikebumikan Di Bukit Kiara
A. Samad Said dilaporkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 25 November 2026, sekitar jam 10.55 pagi.
Berita pengebumian itu turut dikongsikan dalam ruangan komen hantaran berkenaan, termasuk pengesahan bahawa video burung merpati tersebut dirakam di kawasan perkuburan berkenaan.
Netizen Kongsi Kisah Dan Doae
Ruangan komen turut dihiasi pelbagai reaksi pengguna media sosial yang berkongsi pandangan serta doa buat Allahyarham.
Ada pengguna menceritakan pengalaman melihat burung berkumpul di kawasan pusara individu yang pernah memberi makan kepada burung liar ketika hayatnya.
Seorang lagi pengguna pula mengaitkan kehadiran burung dengan Surah An-Nur ayat 41 yang menjelaskan bahawa segala makhluk di langit dan bumi bertasbih kepada Allah mengikut cara masing-masing.
Bagaimanapun, dakwaan bahawa burung-burung berkenaan berkumpul kerana mengenali atau mempunyai hubungan tertentu dengan Allahyarham tidak dapat dipastikan.
Allahyarham A. Samad Said meninggal dunia pada 24 November 2026 ketika berusia 91 tahun dan meninggalkan sejumlah karya penting yang terus menjadi sebahagian daripada khazanah kesusasteraan negara. – The Malaysian Update
The post Burung Merpati Berkumpul Di Pusara A. Samad Said, Rakaman Tular Cetus Perhatian appeared first on The Malaysian Update.






![[VIDEO] Fenomena ‘awan pokok’ buat ramai terpukau](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-18-at-6.35.32-PM-1024x766.jpeg)