STL kembali hangatkan arena sukan negara

3 Oct 2022 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
STL kembali menemui peminat bermula dengan pusingan playoff di Stadium Titiwangsa pada Sabtu. - Foto Agensi.

SAINGAN Liga Sepak Takraw (STL) akan kembali menemui peminat tanah air bermula dengan pusingan playoff di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Sebanyak dua slot akan direbut sembilan pasukan untuk beraksi dalam kategori Perdana musim 2022/2023 dengan format kalah singkir.

Sembilan pasukan berkenaan adalah Bomba Fighters, Kelantan Warriors, Kedah Eagles, PDRM Defenders, Terengganu Turtles, Pahang Mammoth, Sabah Mountaineers, SSC Hunter dan Penjara.

Berita gembira juga buat setiap pasukan apabila penganjur memberi kebenaran untuk menggunakan seorang pemain import dari luar negara bagi saingan ini.

Sebagai rekod, saingan musim lalu menyaksikan ATM Guardians muncul juara liga dan Kuala Lumpur Thunder mempertahankan kejuaraan Piala Juara-Juara STL.

Bomba Fighters dan Kelantan Warriors pula diturunkan ke saingan Divisyen 1. - Stadium Astro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved