
Stok Makanan Habis, 4 Beranak Terpaksa Ikat Perut Beberapa Hari
Salah satu intipati bulan Ramadan adalah untuk sama-sama merasai kesusahan dan keperitan yang dialami orang yang tidak bernasib baik.
Hal ini disebabkan, antara rukun puasa yang perlu dilakukan umat Islam adalah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Antara perkara yang membatalkan puasa adalah makan dan minum dengan sengaja. Maka, umat Islam akan merasai ‘perasaan’ yang sama, tanpa mengira status ekonomi mahupun sosial.
Berbanding di bulan-bulan yang lain, situasi di atas mungkin tidak berlaku. Ini kerana, mereka yang berkemampuan berupaya untuk berbelanja dengan senang hati, manakala mereka yang kesempitan tidak memiliki ‘privilege’ yang sama.
Walaupun bulan Ramadan ini semua umat Islam perlu menempuh dugaan berpuasa, ada diantara kita diuji dengan situasi yang jauh lebih mendukacitakan.
Berdasarkan satu video TikTok yang dimuatnaik oleh pengguna bayanbaru52 baru-baru ini, ia memaparkan kesukaran empat beranak yang hadir di premisnya semalam.
Video yang berdurasi 1.55 minit merupakan kompilasi rakaman dari kamera litar tertutup di premis tersebut. Rakaman tersebut bermula dengan ketibaan empat beranak dengan menunggang motosikal.
Semasa keluarga tersebut berada dalam premis itu, anak-anak berserta ibunya kelihatan berlegar-legar di kawasan tersebut. Mereka berkemungkinan sedang mencari sesuatu di tempat itu.
Ketika si ibu bersama dua orang anaknya sedang mundar-mandir, si bapa pula menuju ke arah individu yang berada di premis tersebut sambil bertanyakan mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan eKasih.
Seorang lelaki dipercayai staf di premis berkenaan dilihat keluar dan berbual dengan si ayah. Difahamkan, indvidu berkenaans sedang memberi penerangan berkenaan bantuan yang dipintanya.
Stok makanan habis, keluarga tersebut terpaksa ikat perut sejak beberapa hari lepas
Rupa-rupanya, si ibu dan anak-anak sedang mencari makanan yang tersimpan di premis tersebut. Lebih menyayat hati, apabila si bapa memaklumkan staf tersebut bahawa keluarganya sudah sedah kehabisan stok makanan sejak beberapa hari lalu.
Keluarga tersebut bernasib baik apabila premis tersebut memliki beberapa bungkus biskut dan minuman hasil dari sumbangan orang ramai.
“Alhamdulillah, bolehlah mereka berbuka dan mengalas perut mereka pada malam nanti,”
Selain biskut dan minuman, keluarga tersebut turut diberikan sekotak kurma untuk membekalkan tenaga yang mencukupi ketika melaksanakan ibadah puasa.
“Semoga adik-adik bersabar dalam menghadapi ujian ini, tambah-tambah di bulan puasa,” coret pemilik akaun tersebut dalam video tersebut.
“Allah lindungilah mereka dan murahkan rezeki mereka,” tambahnya lagi.
Sumber: bayanbaru52 via TikTok
The post Stok Makanan Habis, 4 Beranak Terpaksa Ikat Perut Beberapa Hari appeared first on Siakap Keli.




![Nak Sebut Pusat Pemindahan Tapi Tersasul Sebut Pusat Pemulihan, Aksi Pakcik Ini Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)