STOLport Bebuling siap November - Uggah

14 Mar 2025 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Projek lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling di Betong dijangka siap November ini - Gambar hiasan

KUCHING - Projek lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling di Betong dijangka siap November ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Bahagian Betong dan kawasan sekitarnya akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan udara yang disediakan oleh syarikat milik negeri AirBorneo itu.

"Setakat hari ini, STOLport Bebuling sudah 73.77 peratus siap," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Uggah berkata pembinaan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Bebuling hampir selesai kecuali beberapa kemasan akhir.

"Projek lain di Betong seperti Jambatan Sungai Paku juga berjalan lancar dengan 65.88 peratus siap," tambahnya. - Bernama