Stor Permainan PlayStation 3 dan Vita Akan Ditutup Bermula Ogos 2026

TechnologyGaming
1 Jul 2026 • 8:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Stor Permainan PlayStation 3 dan Vita Akan Ditutup Bermula Ogos 2026

Selain menghentikan penawaran permainan PlayStation dalam bentuk cakera bermula 2028, Sony juga mengumumkan mereka akan mula menutup stor permainan digital untuk PlayStation 3 dan PlayStation Vita. Penutupan stor permainan PS3 dilakukan secara berperingkat bermula di Mexico, Honduras, dan Nicaragua pada Ogos 2026. Kemudian penutupan di negara-negara Amerika Latin dan Timur Tengah pada akhir 2026 sebelum penutupan menyeluruh stor global PS3 dan PS Vita bermula Julai 2027.

Image from: Stor Permainan PlayStation 3 dan Vita Akan Ditutup Bermula Ogos 2026

Sony mengatakan stor pembelian di kedua-dua konsol ditutup kerana ia tidak lagi mampu menyokong sistem perdagangan moden, termasuk piawaian pemprosesan pembayaran yang lebih baharu. Selepas stor ditutup, pembelian permainan baharu tidak lagi boleh dilakukan. Permainan PS3 dan PS Vita yang pernah dibeli secara digital walau bagaimanapun masih boleh dimuat turun.

Bagi peminat permainan video klasik, satu-satunya cara untuk mendapatkan permainan dalam masa terdekat. ialah membelinya sekarang sebelum kenaikan harga berlaku.

Sumber – PlayStation Blog

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved