GTA 6 Boleh Dimainkan Bermula 19 November – Versi Fizikal Akan Menawarkan Kod Muat-Turun, Nircakera

TechnologyGaming
24 Jun 2026 • 9:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GTA 6 Boleh Dimainkan Bermula 19 November – Versi Fizikal Akan Menawarkan Kod Muat-Turun, Nircakera

Rockstar Games hari ini berkongsi lanjut berkenaan penawaran permainan video yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu Grand Theft Auto VI. Pra-tempahan untuknya akan dimulakan esok, dan permainan GTA VI akan dilancarkan secara rasminya untuk dimainkan pada 19 November 2026.

Image from: GTA 6 Boleh Dimainkan Bermula 19 November – Versi Fizikal Akan Menawarkan Kod Muat-Turun, Nircakera

GTA 6 akan ditawarkan untuk PlayStation 5 dan Xbos Series X|S terlebih dahulu. Pengguna yang melakukan pembelian melalui pra-tempahan boleh mula memuat-turun permainan ini bermula 12 November 2026 kelak, dan memainkannya bermula 19 November. Untuk anda yang membeli versi fizikal pula, ia akan menyertakan kod muat-turun pada kotak pembelian untuk anda turut muat-turun.

Perubahan ini juga memperlihatkan tiada lagi cakera permainan ditawarkan melalui pembelian versi fizikal, sebaliknya ia digantikan dengan kod muat-turun. Rockstar mengatakan tiada versi cakera ditawarkan bagi mengelakkan permainan tertiris awal. Bagi yang masih inginkan GTA VI dalam bentuk cakera, ia dipercayai hanya akan hanya ditawarkan awal 2027.

Untuk pengguna yang melakukan pembelian permainan ini sebelum 20 November turut akan menerima beberapa aksesori dalam permainan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved