STR Bujang 2025: Bayaran Bantuan Tunai Rahmah FASA 4 akan dibuat bermula 18 Oktober 2025. Kategori Bujang akan menerima bayaran sebanyak RM150 untuk fasa 4 ini. Semakan status boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2025.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.
Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.
Syarat Kelayakan STR Bujang
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan :
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.


STR Bujang 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Pembaharuan ini melibatkan dana sebanyak RM 13 biliion berbanding RM 10 bilion sebelum ini dan bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.
Rakyat berstatus bujang juga tidak terkecuali untuk menikmati peningkatan sumbangan ini.
Untuk makluman anda juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kadar Bayaran STR 2025 Untuk Kategori Bujang
Berdasarkan pembentangan Bajet 2025, kadar baharu yang diperuntukkan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM 600 keseluruhannya bagi setiap individu bergantung kepada kelayakan bayaran pada permohonan yang telah diluluskan.
Pembayaran akan dilakukan secara 4 fasa.
Di samping itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.
STR FASA 4 (KATEGORI BUJANG)

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 akan dikreditkan mulai 18 OKTOBER 2025 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup dan sempena Deepavali.
Jumlah bayaran adalah seperti berikut:
1. Kategori Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
a) Pendapatan Bujang ≤ RM2,500
(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)
- Kelayakan Maksimum: RM600
- Jadual Bayaran:
- Fasa 1: RM150
- Fasa 2: RM150
- Fasa 3: RM150
- Fasa 4: RM150
b) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000
(Berumur ≥ 60 tahun)
- Kelayakan Maksimum: RM600
- Jadual Bayaran:
- Fasa 1: RM150
- Fasa 2: RM150
- Fasa 3: RM150
- Fasa 4 : RM150

Pengkreditan adalah dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Kaedah bayaran yang akan diterima adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui akaun bank atau secara tunai.
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Pembayaran STR Fasa 4 akan disalurkan bermula 18 Oktober 2025 secara berperingkat. Info ini diumumkan melalui Belanjawan 2026, 10 Oktober 2025.
| Fasa | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
| Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
| Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
| Fasa 4 | 18 OKTOBER 2025 |
Ringkasan Penting STR Fasa 4
- STR Fasa 4 2025 akan dibayar mengikut kategori dan jumlah kelayakan yang telah diluluskan dalam permohonan.
- Penerima perlu memastikan maklumat akaun bank adalah tepat untuk memudahkan proses bayaran.
- Jadual ini merangkumi semua kategori utama termasuk bujang, warga emas, dan isi rumah.


Dengan rujukan jadual di atas, penerima boleh menganggarkan jumlah yang akan diterima bagi setiap fasa STR 2025.
Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2025
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.



Cara Permohonan STR Bujang 2025
Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah pun ditutup sejak 30 September 2025.
Permohonan baru dan kemaskini untuk sesi 2026 dijangkan akan dibuka selepas tamat pembentangan Belanjawan 2026.
Anda boleh rujuk cara permohonan STR Bujang dibawah:
- Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik menu “Permohonan Baharu” di MySTR
- Isikan maklumat peribadi seperti nombor MyKad, alamat, nombor telefon, pendapatan bulanan dan status perkahwinan
- Muat naik dokumen sokongan (contoh slip gaji/pengesahan pendapatan) jika diminta
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan untuk semakan status seterusnya
Panduan permohonan baru STR Bujang akan dikemaskini dari masa ke semasa secara terperinci selepas permohonan dibuka semula untuk tahun 2026.
Lupa Kata Laluan STR
Kata laluan STR yang terlupa boleh direset secara online melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dengan beberapa langkah mudah seperti berikut:
- Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my dan klik “Log Masuk”.
- Pilih pautan “Terlupa Kata Laluan”.
- Masukkan nombor MyKad (12 digit) dan klik “Semak”.
- Masukkan alamat emel yang didaftarkan semasa permohonan STR, lalu klik “Seterusnya”.
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel berdaftar. Semak emel dan salin kata laluan sementara.
- Log masuk semula portal MySTR menggunakan kata laluan sementara.
- Cipta kata laluan baharu dan sahkan kata laluan tersebut, kemudian klik “Tukar Kata Laluan”.
Pilihan Jika Tiada Emel Berdaftar
- Pemohon perlu jawab tiga soalan keselamatan yang didaftarkan sebelum ini.
- Jika gagal selepas tiga percubaan, ID STR disekat dan hanya boleh cuba lagi selepas 24 jam.
- Untuk bantuan lanjut, hubungi hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 atau hadir ke pejabat HASiL.
Maklumat Lanjut STR Bujang 2025
IAnda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.Kerajaan LHDNM
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.
Soalan Lazim STR Fasa 4
Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4?Bayaran STR Fasa 4 akan dibuat mulai 18 Oktober 2025 secara berperingkat, dan tarikh ini diumumkan rasmi sempena sambutan Deepavali.
Berapakah jumlah bayaran bagi kategori bujang?Golongan bujang layak menerima bayaran sebanyak RM150 untuk Fasa 4, sekiranya memenuhi syarat kelayakan dan permohonan diluluskan.
Penerima lulus STR 2025 mengikut kategori isi rumah, bujang dan warga emas.
Adakah bayaran STR dibuat secara automatik?Ya, kepada pemohon yang lulus. Pastikan akaun bank aktif.
Bila masuk STR?Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4 seperti berikut :
Fasa 1 : 22 Januari 2025.
Fasa 2 : 24 Mac 2025.
Fasa 3 : 12 Ogos 2025.
Fasa 4 : 18 Oktober 2025.
Sila rujuk sebab tidak lulus. Sediakan dokumen yang relevan mengikut sebab tidak lulus dan buat rayuan sama ada secara dalam talian atau manual di kaunter LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan
Apakah syarat kelayakan bagi kategori bujang?Warganegara Malaysia
Berumur antara 21 hingga 59 tahun; bujang OKU layak dari umur 19 tahun ke atas
Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah
Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS (melainkan bujang OKU yang layak dimasukkan sebagai tanggungan keluarga)
Bayaran dikreditkan ke akaun bank aktif yang didaftarkan semasa permohonan STR.
Jika tiada akaun bank atau gagal kredit, boleh dituntut tunai di cawangan BSN seluruh negara.
Status permohonan dan bayaran STR boleh disemak secara online melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
Bolehkah permohonan STR dibuat atau dikemaskini selepas Fasa 4?Permohonan dan kemaskini maklumat STR selepas Fasa 4 tidak dibuka. Penerima STR boleh mengemaskini STR untuk sesi 2026, dan mereka yang ingin membuat permohonan baru boleh melakukannya selepas pengumuman rasmi dibuat.



