
Streamer Indonesia Akui ‘Cemburu’ Dengan Malaysia Hanya Sebab Ini
Tidak dinafikan rangkaian internet di Malaysia semakin berkembang pesat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, lebih 52 peratus pengguna menikmati akses kepada rangkaian 5G pada 2024, menandakan perkembangan positif dalam pelaksanaan teknologi itu.
Mentang-Mentang Malaysia Sebuah Negara Hebat
Disebabkan itu, rakyat Malaysia tidak berdepan dengan masalah bagi mengakses internet, terutamanya pada kelajuan yang tinggi.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan reaksi seorang streamer dari Indonesia yang cemburu dengan capaian internet di Malaysia.
Jonathan Liandi, atau dikenali dengan nama panggilan “Emperor,” mengakui bahawa internet di Malaysia jauh lebih baik berbanding di negaranya sendiri.
Dia yang juga merupakan bekas pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) meluahkan perkara itu sewaktu sedang melakukan siaran langsung bermain permainan atas talian itu.
Tengah Rancak ‘Berjuang’ Ada Pula Selit Gift & Soalan
Sewaktu sedang rancak bermain MLBB, dia mendapat mesej hadiah (gift) berupa wang daripada peminat.
Bagaimanapun, peminat sempat menyelitkan pertanyaan kepadanya mengenai mengapa dia tidak memilih tetapan video resolusi siaran langsung 1440P.
Susulan itu, dia segera memberikan respon balas kepada peminat menyatakan bahawa sebab dia tidak dapat berbuat demikian adalah resolusi yang lebih tinggi akan membuatkan visual penonton menjadi tidak lancar untuk ditonton.
Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan jumlah tontonan semasa bakal menurun dan menjejaskan pendapatan streamer.
“Lu tinggal di Malaysia, kita tinggal di Indonesia, internet kita teruk, banyak rasuah. Internet di Malaysia bagus, murah. Mentang-mentang negara hebat. Matawang lu mahal,” selorohnya.
@hansclips1 Whop”@Jonathan Liandi #SeasonsEndGiveaway #MLBBNEXT2025 #jonathanliandi #fyp
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari negara itu turut bersetuju dengan pandangan streamer berkenaan.
Malah ramai rakyat Malaysia terkejut di Indonesia tidak mempunyai akses internet tanpa had dengan harga mampu milik.
Sumber: TikTok @hansclips1
The post Streamer Indonesia Akui ‘Cemburu’ Dengan Malaysia Hanya Sebab Ini appeared first on Siakap Keli.




