Stress & Kurang Selera Makan, Aisyah Hijanah Dedah Saiz Bayi Dalam Kandungan Kecil Dari Usia

Entertainment
29 Nov 2023 • 1:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh yang menjadi bualan ketika ini, Aliff Teega baru sahaja memuat naik hantaran menyatakan hubungan dengan isterinya, Aisyah Hijanah baik-baik sahaja.

Sementara itu, Aisyah dilihat memuat naik hantaran di Insta Story berkongsi perkembangan terbaharu mengenai kandungannya yang hampir memasuki usia 6 bulan.

Aisyah menjelaskan bahawa semuanya berada dalam keadaan baik, malah turut meminta jasa baik netizen untuk memberikan ruang serta tidak bertanya mengenai isu yang tercetus ketika sesi live.

Dalam pada itu, Aisyah juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar bayi di dalam kandungannya yang kini berada di trimester kedua.

image is not available

Kongsinya, keadaan bayinya adalah normal meskipun saiznya agak kecil daripada usia sebenar. Dedahnya, ia berkemungkinan faktor tubuh badannya yang kecil dan kurang selera makan.

“Bayi agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor badan saya yang kecil, stress sepanjang isu dan kurang selera makan.

“Doakan semoga this baby girl diberikan takdir yang baik, rezeki dan jodoh yang baik, dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk ke syurga,” katanya.

image is not available

Sementara itu, dia turut berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan memberi kata-kata semangat terhadapnya.

Sama-sama kita doakan ibu dan bayi dalam kandungannya sihat dan baik serta dipermudahkan urusan…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.