Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen

22 Feb 2023 • 3:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Roti Gardenia sebagai buah tangan rakyat Sarawak itu benar

Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen. Roti Gardenia telah menjadi pilihan utama sebagai buah tangan oleh warga Sarawak apabila mereka pulang dari Semenanjung. Selain daripada rasa yang sedap dan kualiti yang baik, roti ini juga sukar didapati di Sarawak, yang menjadikannya lebih istimewa lagi.

Namun, baru-baru ini, satu insiden yang melibatkan roti Gardenia dan seorang influencer telah menjadi topik hangat di media sosial.

Insiden ini bermula apabila seorang influencer terkenal dari Sarawak memuat naik perkongsian dimana beliau dikatakan mengeluh melihat ruang didalam pesawat penuh gara-gara penumpang khususnya orang Sarawak memborong roti gardenia dalam kuantiti yang terlalu banyak.

image is not available
Stress Ruang Dalam Pesawat Dipenuhi Roti Gardenia, Influencer Dari Sarawak Ini Dikecam Netizen

Tambahnya, situasi tersebut telah menyusahkan penumpang lain untuk meletakkan barang mereka kerana ruang tersebut sudah pun dipenuhi dengan roti gardenia.

Akibat daripada kejadian itu penerbangan tersebut terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Kejadian ini membangkitkan kemarahan netizen di media sosial, terutamanya di kalangan warga Sarawak yang melihat tindakan tersebut sebagai menyindir dan melampau.

image is not available
Kredit foto: Siakap keli

Tidak cukup dengan itu, beliau menaik semula satu lagi posting yang membangkitkan kemarahan netizen.

Beliau mengkritik tindakan warga Sarawak kerana membeli roti Gardenia dalam kuantiti yang besar sehingga memakan ruang tempat letak barang penumpang lain dan tidak memikirkan orang lain.

image is not available

Ini pula reaksi netizen

Menerusi ruangan komen, rata-rata dilihat tidak berpuas hati dengan perkongsian influncer ini.

Tambah netizen, mereka terpaksa membawa roti tersebut ke dalam pesawat dan bukannya dimasukkan ke dalam kargo kerana enggan roti tersebut hancur mahupun kemek.

image is not available

Ada juga yang menyelar tindakan beliau. Menurut netizen, sekiranya beliau tidak mahu berebut dengan ruang tempat letak barang yang terhad itu sebaiknya beliau hendaklah ‘melabur’ sedikit untuk membeli kargo untuk menyimpan barang beliau.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa akibat daripada harga yang mahal berkali-ganda mereka terpaksa memborong roti ini di Semenanjung sebagai buah tangan.

image is not available

Rata-rata netizen berpendapat, mereka kecewa dengan influencer tersebut yang tidak memahami warga Sarawak walhal beliau sendiri berasal dari Bumi Kenyalang sendiri.

Ibarat rakyat Semenanjung memborong kek lapis dari Sarawak, begitu juga situasi rakyat Sarawak memborong roti gardenia apabila berangkat pulang dari Semenanjung. Bak kata netizen, kedua-dua situasi ini perlu melibatkan sifat ‘give and take’.

Baca lagi artikel terkini: