Stripe, platform pembayaran digital yang digunakan oleh banyak platform-platform jual-beli atas talian dilaporkan telah membuang seramai 300 pekerja baru-baru ini, menurut laporan dari Business Insider.
300 pekerja yang dibuang dilaporkan adalah dari bahagian pembangunan, pemasaran produk dan juga operasi syarikat, menurut memo yang dilihat oleh laman web tersebut. Notis tentang pemberhentian kerja ini dikeluarkan pada hari Isnin, dan berita mengenainya keluar tidak lama kemudian.
Rob McIntosh, Ketua Pegawai Pekerja di Stripe mengatakan bahawa walaupun 300 pekerja ini dilepaskan, Stripe masih lagi akan mengambil pekerja-pekerja baru pada tahun 2025 untuk meningkatkan jumlah pekerja global mereka ke 10 ribu pekerja menjelang penghujung tahun ini.
Ini bukanlah kali pertama Stripe memotong jumlah pekerja mereka. Pada tahun 2022, mereka telah membuang sekitar 1000 pekerja, dan sejumlah kecil pekerja juga telah dilepaskan daripada pekerjaan mereka pada tahun 2023.




