Pada tahun 2026, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas telah dilaporkan, termasuk satu kes kematian yang sangat menyedihkan melibatkan seorang kanak-kanak.
Oleh itu, jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.
MET Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) suhu meningkat ke 35-37°C terutamanya di kawasan utara semenanjung. Sentiasa pantau FB Met Malaysia bagi melihat situasi semasa cuaca di Malaysia.
Ikuti seterusnya perkongsian tentang strok haba dalam artikel ini.


Apakah Itu Strok Haba?
Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).
Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
Kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.
Kadar kejadian strok haba adalah berbeza bergantung kepada faktor geografi, cuaca dan aktiviti penduduk setempat. Risiko strok haba adalah tinggi apabila berada dalam keadaan suhu sekeliling melebihi 39.2°C.

Golongan Berisiko
Golongan berisiko yang mengalami strok haba ini adalah seperti berikut:
- Bayi dan kanak-kanak
- Pesakit kronik
- Warga emas
- Individu aktif di bawah panas

Tanda / Gejala Strok Haba
Orang awam perlu mengetahui tanda-tanda dan gejala strok haba agar tindakan segera dapat diambil.
Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah :
- Pening berpanjangan
- Kehausan
- Denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit)
- Pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit)
- Badan terasa panas dan kering
- Sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing
- Berasa mual
- Peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau lebih (suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C)
- Tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg)
- Tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan.


MESTI TAHU: TANDA-TANDA AWAL STROK HABA

Langkah Pencegahan
Orang awam juga perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk mengelak berlakunya strok haba iaitu:
- Minum air secukupnya (≥8 gelas sehari)
- (Aktiviti fizikal) Minum 200-250ml setiap 15-20 minit
- Elakkan aktiviti luar waktu panas
- Pilih waktu pagi atau malam untuk bersenam
- Banyakkan berada di tempat teduh/berhawa dingin
- Pakai pakaian cerah, ringan & longgar
- Guna payung/topi jika keluar
- Kerap mandi atau lembapkan badan
- Kurangkan minuman berkafein/manis
- Lebihkan buah-buahan berjus
- Elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan,
- Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung,
- Tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik
- Memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda awal penyakit berkaitan haba.


Rawatan Diperlukan
Rawatan di tempat kejadian :
- Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
- Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.
- Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
- Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
- Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
Rawatan di hospital :
- Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
- Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
- Penyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan.


Bahaya / Komplikasi Strok Haba
Strok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius.
Berdasarkan satu artikel yang ditulis oleh Bouchama et al. (2022), kesan jangka pendek akibat dari pendedahan mengejut kepada cuaca yang panas boleh mengakibatkan sel-sel badan cedera, berlaku keradangan, darah senang membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting.
Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.

Sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada METMalaysia dan amaran kesihatan berkaitan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kurangkan atau elak daripada melakukan sebarang aktiviti luar mahupun bersenam ketika cuaca panas terik.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Strok Haba?Strok haba ialah kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
Siapakah golongan berisiko untuk menghidap Strok Haba?– Bayi dan kanak-kanak
– Pesakit kronik
– Warga emas
– Individu aktif di bawah panas
Kesan jangka pendek akibat dari pendedahan mengejut kepada cuaca yang panas boleh mengakibatkan sel-sel badan cedera, berlaku keradangan, darah senang membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting. Kesan jangka panjang adalah seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.
Adakah tanda-tanda seseorang mengalami kondisi ini?– Pening berpanjangan
– Kehausan
– Denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit)
– Pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit)
– Badan terasa panas dan kering
– Sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing
– Berasa mual
– Peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau lebih (suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C)
– Tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg)
– Tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan.
– Minum air secukupnya (≥8 gelas sehari)
– (Aktiviti fizikal) Minum 200-250ml setiap 15-20 minit
– Elakkan aktiviti luar waktu panas
– Pilih waktu pagi atau malam untuk bersenam
– Banyakkan berada di tempat teduh/berhawa dingin
– Pakai pakaian cerah, ringan & longgar
– Guna payung/topi jika keluar
– Kerap mandi atau lembapkan badan
– Kurangkan minuman berkafein/manis
– Lebihkan buah-buahan berjus
– Elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan,
– Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung,
– Tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik
– Memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Strok Haba, sila layari laan web https://infosihat.moh.gov.my/cuaca-panas.html
Baca juga: 5 Tahap Penyakit Buah Pinggang & Tanda Senyap Anda Perlu Tahu
