Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur

LocalPersonal Finance
22 Sep 2026 • 12:57 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Nak mula melabur tetapi tak tahu nak mula dari mana? Pelajar IPT dan pelajar Diploma tertentu sebenarnya boleh dapat RM50 secara percuma untuk mula melabur melalui inisiatif Celik MADANI.

Menariknya, RM50 itu boleh jadi permulaan kecil untuk bina tabungan sebelum masuk alam pekerjaan.

Baca lanjut: Program Pelaburan Nasional (NIP): Rakyat Malaysia Belajar Pelaburan Percuma

Apa itu Celik MADANI?

Celik MADANI ialah inisiatif khas untuk membantu pelajar universiti dan institusi pendidikan tertentu mula mengenali serta membina simpanan melalui pelaburan dalam produk ASNB.

Melalui inisiatif ini, pelajar yang layak akan menerima RM50 untuk dilaburkan ke dalam akaun ASNB. Antara pilihan pelaburan yang ditunjukkan dalam bahan Celik MADANI ialah ASB dan ASM.

Celik MADANI

Cara Pembahagian Dana

RM50 percuma ini datang daripada dua sumber: RM25 disumbangkan oleh Kerajaan Malaysia, manakala baki RM25 lagi ditaja oleh PNB dan syarikat korporat yang terlibat.

Jumlah RM50 tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun ASB atau ASM pelajar dan dikunci selama 5 tahun. Dalam tempoh ini, pelajar digalakkan untuk terus menambah simpanan sedikit demi sedikit setiap bulan.

Sebagai contoh, kalau pelajar simpan RM20 sebulan selama 4 tahun ketika belajar, kemudian tingkatkan simpanan kepada RM100 sebulan selepas mula bekerja, jumlah simpanan boleh mencecah lebih RM10,000 dalam tempoh 10 tahun.

Anggaran ini dibuat dengan andaian pulangan 5.5% setahun dan tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh tersebut.

Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur
Repost dari: BERNAMA

Siapa Yang Layak Dapat RM50?

Inisiatif ini terbuka kepada pelajar:

  • Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan universiti berkaitan kerajaan
  • Pelajar Diploma di:
    • Politeknik
    • Kolej Komuniti
    • Kolej Vokasional (KV)

Jadi, kalau korang sedang belajar di IPT atau institusi berkenaan, boleh alert dengan pengumuman daripada pihak Hal Ehwal Pelajar.

Macam Mana Nak Claim RM50 Percuma?

Prosesnya agak mudah. Korang perlu:

1. Download aplikasi myASNB
Muat turun aplikasi rasmi myASNB untuk urusan pembukaan akaun.

2. Buka akaun ASNB
Daftar dan lengkapkan proses pembukaan akaun ASNB.

3. Hantar UHID kepada Hal Ehwal Pelajar
UHID ialah nombor akaun ASNB korang. Biasanya pihak institusi akan keluarkan notis atau makluman untuk pengumpulan data pelajar yang menyertai inisiatif ini.

4. Tunggu pengkreditan RM50
Selepas semua proses diselesaikan, RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun ASNB pelajar dalam tempoh sehingga 30 hari.

Tip: Jangan lupa semak notis daripada kolej atau universiti sebab proses pengumpulan maklumat mungkin dibuat oleh pihak institusi masing-masing.

Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur
Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur
Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur
Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur
Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur
Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur

RM50 Je? Macam Mana Nak Capai RM10,000?

RM50 memang nampak kecil. Tapi kalau korang jadikan ia sebagai modal permulaan dan terus konsisten menyimpan, jumlahnya boleh berkembang.

Contohnya, berdasarkan simulasi dalam bahan Celik MADANI dengan kadar 5.5% dan andaian tiada pengeluaran:

1. Semasa belajar

    • Mula dengan: RM50 pelaburan permulaan
    • Kemudian simpan: RM20 sebulan × 4 tahun
    • Anggaran nilai terkumpul: RM1,138.24

    2. Selepas mula bekerja

    • Bila dah dapat kerja, tingkatkan simpanan kepada: RM100 sebulan × 6 tahun
    • Anggaran nilai terkumpul: RM10,128.40

    Maksudnya, dengan disiplin menyimpan dari zaman belajar dan meneruskannya selepas bekerja, sasaran RM10,000 boleh dibina secara berperingkat.

    Nota: Angka ini ialah simulasi berdasarkan kadar 5.5% dan andaian tiada pengeluaran sepanjang tempoh. Prestasi atau agihan pendapatan masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.

    Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur

    Kenapa Bagus Mula Dari Zaman Belajar?

    Ramai pelajar rasa nak menyimpan kena tunggu dah kerja dan ada gaji tetap. Sebenarnya, korang boleh mula dengan jumlah kecil dulu.

    Contohnya: RM20 sebulan = lebih kurang 67 sen sehari.

    Nampak kecil, tetapi yang penting ialah konsisten.

    Bila dah bekerja dan pendapatan meningkat, jumlah simpanan juga boleh dinaikkan kepada RM50, RM100 atau lebih mengikut kemampuan.

    Kenyataan Akhbar PNB

    Celik MADANI
    Celik MADANI
    Celik MADANI
    Image from: Student IPT, Jangan Lepaskan Celik MADANI! RM50 Percuma Untuk Mula Melabur

    Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini Celik MADANI, sila rujuk:

    1. Laman sesawang ASB
    2. Facebook Amanah Saham Nasional Berhad

    Soalan Lazim Celik MADANI

    Apa itu Celik MADANI?

    Celik MADANI ialah program yang menawarkan RM50 unit amanah percuma kepada pelajar untuk dikunci selama 5 tahun bagi menggalakkan tabiat melabur dan celik kewangan sejak muda.

    Siapa yang layak menyertai Celik MADANI?

    Pelajar Malaysia yang sedang mengikuti Semester 1, Tahun 1 di institusi yang terlibat.

    Institusi mana yang layak?

    Antaranya:

    Kolej Vokasional
    Politeknik
    Universiti Awam
    Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU)

    Berapa kali boleh dapat insentif RM50?

    Insentif ini hanya boleh diterima sekali sahaja, walaupun pelajar bertukar institusi.

    Macam mana nak dapatkan RM50?

    Daftar atau log masuk ke aplikasi myASNB, kemudian serahkan nama penuh dan nombor akaun ASNB (UHID) melalui kaedah yang disediakan oleh institusi.

    Pelajar Bumiputera dapat ASB atau ASM?

    Pelajar Bumiputera layak untuk ASB, manakala bukan Bumiputera layak untuk ASM.

    Berapa kali boleh dapat insentif RM50?

    Insentif ini hanya boleh diterima sekali sahaja, walaupun pelajar bertukar institusi.

    Bila RM50 akan dikreditkan?

    Kredit insentif akan diproses dalam 30 hari bekerja selepas penghantaran maklumat daripada institusi.

    Kalau belum berumur 18 tahun, boleh buka akaun ASNB?

    Boleh. Pelajar bawah 18 tahun boleh membuka akaun di cawangan ASNB atau ejen yang dilantik bersama ibu bapa atau penjaga.

    Apa dokumen diperlukan untuk pelajar bawah 18 tahun?

    MyKad pelajar serta MyKad ibu bapa atau penjaga.

    Berapa minimum simpanan melalui Auto Labur myASNB?

    Minimum RM10 untuk simpanan secara konsisten melalui fungsi Auto Labur.

    Di mana boleh belajar lebih lanjut tentang pelaburan?

    Pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan pelaburan, kalkulator kewangan dan perkhidmatan melalui ASNB Academy.

    Baca lanjut: ASB Plus, Beri Pulangan Tambahan Dividen 1%!

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved