
Nak buka kedai makan atau mulakan bisnes makanan sendiri? Selain menu dan lokasi, peralatan dapur yang digunakan juga memainkan peranan penting dalam memastikan operasi lebih lancar.
Untuk bisnes yang baru bermula, tak semestinya perlu melabur dalam terlalu banyak peralatan sekaligus.
Pilih peralatan yang praktikal, mudah digunakan dan boleh membantu anda menyediakan lebih banyak variasi menu. Malah, sesetengah peralatan juga boleh dimanfaatkan untuk mencipta kelainan pada menu dan konsep masakan supaya bisnes anda lebih mudah dikenali.
Ini antara 6 barang dapur elektrik yang boleh dipertimbangkan untuk melengkapkan dapur bisnes anda.
1. Air Fryer
Untuk bisnes makanan, air fryer bukan sekadar memudahkan proses memasak. Kalau nak tampilkan kelainan pada menu, teknik memasak menggunakan air fryer juga boleh dijadikan salah satu tarikan. Daripada ayam, seafood, kentang hinggalah makanan ringan, peniaga boleh bereksperimen dengan pelbagai menu yang rangup di luar tetapi tidak terlalu berminyak.
- Kapasiti Besar 7L: Muat lebih banyak makanan, sesuai untuk kegunaan harian dan seisi keluarga.
- Tetingkap Lutsinar: Pantau makanan dengan mudah tanpa perlu membuka bakul air fryer.
- Kuasa 1400W & Operasi Mudah: Tetapan masa yang tepat, bunyi lebih senyap sekitar 50dB dan kawalan satu butang.
2. Microwave
Bagi kedai yang memerlukan proses pemanasan makanan yang cepat, microwave ini boleh menjadi salah satu peralatan yang berbaloi untuk dimasukkan dalam dapur perniagaan. Fungsi yang pelbagai menjadikannya lebih praktikal berbanding menggunakan peralatan berasingan untuk setiap tugas.
- Kuasa 900W & 5 Tahap: Panaskan dan masak makanan dengan tetapan kuasa yang fleksibel mengikut keperluan.
- Microwave & Grill: Gabungkan fungsi microwave dan grill untuk pelbagai jenis masakan.
- 14 Program Automatik & Auto Defrost: Mudahkan penyediaan makanan dengan program automatik, nyahbeku dan fungsi Quick 30.
3. Oven
Untuk bisnes kek, roti, cookies atau pastry, memilih oven yang mempunyai kapasiti dan kawalan suhu yang baik boleh memberi perbezaan besar kepada hasil baking. Model 35L ini menarik untuk dipertimbangkan kerana saiznya memberikan ruang yang lebih selesa untuk menyediakan pelbagai jenis menu.
- Kuasa 2700W & Ruang Besar: Sesuai untuk menyediakan makanan dalam kuantiti lebih banyak.
- Rotisserie, Convection & Fermentation: Pelbagai fungsi untuk baking, memanggang dan fermentasi.
- Kapasiti Dalaman Luas: Ruang memasak 550 × 386 × 465mm, sesuai untuk hidangan bersaiz besar.
4. Blender Wet & Dry
Kalau bisnes anda melibatkan minuman, sambal, sos atau makanan yang memerlukan bahan dikisar, blender ini antara peralatan yang praktikal untuk dimiliki kerana satu mesin boleh digunakan untuk pelbagai jenis penyediaan. Ini boleh membantu peniaga mengurangkan keperluan membeli beberapa peralatan berasingan.
- Kuasa 1400W: Motor berkuasa tinggi untuk mengisar bahan dengan lebih cepat dan lancar.
- Balang Kaca Tahan Lasak: Selamat digunakan untuk bahan panas dan sejuk, sesuai untuk pelbagai penyediaan.
- Skrin Sentuh & 10 Program: Kawalan intuitif dengan 10 program automatik untuk operasi yang lebih mudah.
5. Electric Stove
Untuk peniaga yang mempunyai ruang dapur terhad, electric stove ini boleh menjadi pilihan yang kemas dan praktikal untuk melengkapkan ruang memasak. Reka bentuknya yang nipis juga sesuai bagi bisnes baharu yang mahu memaksimumkan penggunaan ruang.
- Reka Bentuk Slim 53mm: Badan kompak menjimatkan ruang dan mudah disimpan selepas digunakan.
- 8 Tahap Haba: Kuasa sehingga 2000W dengan 4 tetapan praset untuk kawalan haba yang tepat mengikut gaya masakan.
- Permukaan Kaca Seramik: Tahan noda dan calar, mudah dibersihkan serta direka untuk penggunaan jangka panjang.
6. Pressure Cooker
Untuk menu seperti sup, bubur, daging atau ayam yang mengambil masa untuk dimasak, pressure cooker ini boleh menjadi pilihan yang membantu peniaga menjimatkan masa penyediaan. Fungsi automatiknya juga sesuai untuk mereka yang mahukan proses memasak yang lebih mudah dan konsisten.
- Kapasiti 4L & Kuasa 800W: Sesuai untuk 2–4 orang dengan teknologi Quick Boil untuk memasak lebih cepat dan menjimatkan masa.
- 9 Program Automatik: Pilih tetapan seperti nasi, bubur, sup, daging, kek dan ayam dengan kawalan digital skrin sentuh.
- Mudah & Selamat Digunakan: Fungsi keep warm sehingga 24 jam, pemegang cool touch serta komponen boleh tanggal untuk memudahkan pembersihan.
Jadi, Mana Satu Pilihan Anda?
Peralatan dapur yang baik bukan sekadar memudahkan kerja, tetapi boleh membantu anda mengembangkan idea menu dan cara penyediaan makanan.
Kalau baru nak bermula, tak perlu beli semuanya sekaligus. Kenal pasti dahulu menu utama dan keperluan operasi anda, kemudian pilih peralatan yang benar-benar boleh membantu menjimatkan masa, meningkatkan kapasiti dan memberikan kelainan kepada produk yang dijual.
Sebab dalam bisnes makanan, kadang-kadang satu peralatan yang tepat boleh membuka peluang kepada lebih banyak idea menu.
Nak bawa “Brand” anda lebih jauh?
Terokai peluang pengiklanan, kandungan berjenama dan kerjasama strategik bersama INTRADAY!
Hubungi kami: business@intraday.my












