Student Kena ‘Ketuk’ Sampai RM 1,575 Untuk Pasang Screen Protector Dekat Petaling Street

Entertainment
3 Mar 2023 • 11:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biasanya kalau pergi ke Petaling Street ini pasti nak beli barang di situ sebab harganya murah, tapi lain pula dengan seorang pelajar yang dikenali sebagai Ching ini. Dia kena bayar RM 1,575 untuk pasang screen protector.

Aik? Setahu min kalau nak pasang dekat centre pun tak semahal ni tau! Nak tahu macam mana dia kena, ikuti ceritanya..

 

Daftar insurans untuk skrin protector

image is not available

Ketika Ching sedang berjalan di Petaling Street, dia didatangi seorang promoter yang memujuknya untuk membeli screen protector dan casing telefon pada harga RM25 sahaja. Ching pun bersetuju kerana telefonnya memerlukan screen protector baharu.

Lepas dah selesai, tahu-tahu harga yang dia kena sedemikian rupa, malah jauh lebih tinggi! Siap minta IC lagi, kononnya untuk daftarkan insurans buat barang yang dia dah beli itu.

“Dia berkata dia perlu mendaftarkan insurans untuk pelindung skrin dengan IC saya, dan saya boleh buat tuntutan insurans jika pelindung skrin saya rosak.”

Anggap insurans itu serupa dengan waranti, Ching bersetuju selepas memastikan TIADA CAJ TAMBAHAN akan dikenakan, tetapi apabila selesai proses ‘daftar insurans’, peniaga menekan kalkulator dengan laju sebelum menunjukkan harga keseluruhannya iaitu RM2,124!

 

Tak ada resit, tak boleh refund

Kata peniaga itu, RM2,099 adalah untuk insurans, dan RM25 untuk penutup telefon serta pelindung skrin. Terkejut dan keliru, Ching meminta penjelasan lanjut, peniaga tersebut dengan selamba menjawab…

“Saya fikir awak tahu tentang insurans RM2099. Memandangkan ia telah didaftarkan, kami tidak boleh membatalkannya.”

Sebagai pelajar yang masih bergantung kepada elaun, Ching menjelaskan kepada peniaga itu bahawa dia hanya mempunyai RM1,700 dalam akaunnya. Baki yang tinggal dalam akaun banknya adalah untuk kelangsungan hidupnya sebagai seorang pelajar. Selepas dia pulang ke rumah, dia menyedari, tiada resit diberikan untuk transaksi itu.

“Dia hanya menerima wang tunai. Saya tiada bukti pembelian.”

Ching memutuskan untuk membuat laporan polis berikutan cadangan netizen setelah dia kongsikan hal ini di media sosial, serta gesaan daripada mangsa yang alami pengalaman serupa di tempat yang sama, lapor WORLD OF BUZZ.

Katanya kepada sumber, Ching ada menghubungi pihak DAP di Bukit Bintang, mereka mencadangkan dia membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi. Selepas menjalani beberapa proses, Ching berkata bahawa dia akhirnya telah mendapatkan semula RM1,575 pada 1 Mac lepas.

image is not available

“DAP Bukit Bintang berkata saya bukan mangsa pertama, kerana terdapat banyak kes serupa, tetapi mereka tidak dapat membantu kerana maklumat tidak mencukupi.”

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.