Studio Hollywood Mahu ‘Remake’ Filem P. Ramlee, Penggambaran Berlangsung Di Malaysia

Movie
17 Jul 2022 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun sudah ditonton berulang kali, filem arahan legenda negara, P. Ramlee sentiasa menghiburkan dan tidak bosan untuk ditonton. Malah, pengajaran yang cuba disampaikan dalam filem-filem beliau masih lagi relevan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, filem seram arahan P. Ramlee, ‘Sitora Harimau Jadian’ bakal mendapat adaptasi daripada sebuah studio Hollywood yang diasaskan oleh anak tempatan, Studio Fangoria. Difahamkan, filem ini sudah hilang dan cuba dihasilkan semula.

image is not available

Sitora Harimau Jadian adalah sebuah filem yang mengisahkan tentang pertembungan di antara bomoh dan saintis yang cuba menyelesaikan misteri serangan manusia separa harimau di sebuah kampung.

Difahamkan, filem ini akan diberi nama ‘Sitora’ dan bakal menjalani penggambaran di sebuah perkampungan sebenar di Malaysia. Filem yang diterbitkan pada tahun 1964 ini akan menampilkan pelakon Wan Hanafi Su sebagai watak utama, yang akan membawa watak Sir.

image is not available

Untuk rekod, filem ini bakal diarahkan oleh Diffan Sina Norman, seorang anak tempatan yang kini menjadi pengarah filem di Los Angeles. Sebelum ini, Diffan pernah membawa filem pendek berjudul Kekasih, lakonan Nasir Bilal Khan ke Festival Sundance dan beberapa festival lain.

Kredit: Variety

image is not available

Sumber: Wikipedia Sumber: Wikipedia

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.