Suami Amyza Aznan Kritikal, Terpaksa Ditidurkan Di HKL Akibat Paru-Paru Berair

LocalHealth & Fitness
24 Aug 2026 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Amyza Aznan berkongsi keadaan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, 51, yang kini kritikal dan terpaksa ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah paru-paru berair serta tekanan darah tinggi.

Amyza, 50, berkata keadaan suaminya mula merosot sejak lima hingga enam hari lalu apabila mengalami masalah sesak nafas.

Advertisement

amyza aznan

Menurutnya, keadaan tersebut berlaku walaupun suaminya masih menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu seperti biasa.

“Sebenarnya lima hingga enam hari ini, keadaan dia memang tak bagus. Dia ada sesak nafas.

“Bukan sebab tak pergi dialisis, dia fikir sebab batuk. Sebab dialisis dia kena buat tiga kali seminggu. Selalunya kalau tak dialisis, benda tu akan terjadi.

Amyza berkata, masalah tersebut sebenarnya sudah berlarutan lebih dua minggu sehingga suaminya tidak dapat tidur seperti biasa.

Empat hari lalu, suaminya pernah menyatakan hasrat untuk ke hospital, namun cuba bertahan dengan meneruskan rawatan dialisis terlebih dahulu.

Bagaimanapun, keadaan semakin memburuk sehingga Khairil sendiri meminta untuk dibawa ke hospital pagi tadi.

Amyza berkata, kira-kira jam 2 petang, dia menerima panggilan daripada pihak HKL yang memaklumkan suaminya terpaksa ditidurkan selepas keadaannya kritikal.

Pihak hospital turut memaklumkan Khairil mengalami masalah paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.

Amyza yang sudah berada di hospital sejak jam 5 petang berkata, setakat ini dia masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan suaminya.

View this post on Instagram

Sebelum ini, Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Anak sulung mereka, Andre, meninggal dunia pada 23 Februari lalu selepas bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Suami Amyza Aznan Kritikal, Terpaksa Ditidurkan Di HKL Akibat Paru-Paru Berair2026-08-23 13:10:19

"Lantak Lah Nak Gaduh Ke Nak 'Leak' Ke, Tugas Saya Dah Selesai" - Peguam Alan Razak Mewakili Emira Delyati Dewi

 

The post Suami Amyza Aznan Kritikal, Terpaksa Ditidurkan Di HKL Akibat Paru-Paru Berair first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved