Suami Atikah Suhaime Tampil Pertahan Isteri, Jelaskan Hanya Gurauan

EntertainmentLifestyle
6 May 2025 • 10:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
atikah suhaime

Nama pelakon cantik, Atikah Suhaime, tiba-tiba trending gara-gara satu komen yang ditulisnya mengenai mencari suami kaya di restoran mewah atau padang golf.

Tapi siapa sangka, kenyataan tersebut sebenarnya hanya gurauan yang disalah tafsir media dan dijadikan tajuk utama.

Suami tampil pertahankan Atikah Suhaime

Menerusi satu perkongsian oleh suaminya, Datuk Lokman Teh tampil mempertahankan isterinya mendakwa kenyataan tersebut telah disensasikan.

image is not available

Menurut Lokman, Atikah sebenarnya hanya menjawab soalan follower yang bertanya macam mana nak dapat suami kaya.

Jadi, jawapan Atikah yang mencadangkan cari di tempat main golf atau restoran mahal itu hanyalah sekadar jenaka ringan.

Bukan dia suruh or encourage korang buat. Tapi biasa la cheap news untuk click bait. Dia orang la letak tajuk gitu.

Tambah Lokman, ramai netizen yang bukan pun pengikut sebenar Atikah mula komen sesuka hati tanpa faham konteks sebenar.

image is not available

Katanya, netizen terus melabel Atikah sebagai ‘gold digger’ dan mengecamnya habis-habisan. Dalam masa yang sama, Lokman turut menghargai para pengikut sebenar Atikah yang mempertahankannya dan memberikan komen positif.

Menurut mereka, Atikah seorang wanita yang kuat berusaha, menjaga keluarganya dan bekerja keras sejak dulu lagi.

image is not available

image is not available

Akhir sekali, Lokman memaklumkan bahawa dia sudah meminta isterinya untuk memuat naik video di TikTok bagi menjelaskan perkara sebenar supaya netizen dapat tahu cerita dari pihak Atikah sendiri.


Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.