Suami Baiki CCTV Jiran, Tergamam Bila Nampak Aksi Curang Isteri Sendiri

20 May 2025 • 2:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
isteri curang

Siapa sangka niat membaiki CCTV rumah jiran bertukar menjadi detik paling menyakitkan buat seorang lelaki di Hangzhou, China.

Lapor Kosmo!, dia langsung tidak menyangka akan ‘melihat’ isteri sendiri berlaku curang dengan seorang lelaki menerusi CCTV tersebut.

Terbongkar ketika baiki CCTV jiran

image is not available
Kredit foto: Sanook

Dalam satu rakaman, Wang ternampak isterinya menunggang motosikal elektrik menuju ke arah sebuah kereta yang menunggu di tepi jalan.

Ada sebuah kereta sudah menunggu. Isteri saya kemudian masuk ke dalam kereta itu.

Rakaman menunjukkan wanita itu berada dalam kereta selama 47 minit, sebelum keluar dengan wajah ceria.

Wang turut menyaksikan seorang lelaki tidak dikenali keluar dari kereta dan menyerahkan kotak hadiah kepada isterinya.

Isteri mengaku curang dengan bekas rakan sekelas

image is not available

Tak tahan dengan rasa curiga, Wang terus bertanya kepada isterinya dan wanita itu mengaku curang dengan bekas rakan sekelas.

Nasib rumah tangga pasangan itu tidak dinyatakan, namun kebanyakan netizen menasihatkan agar Wang menceraikan isterinya atas pengkhianatan yang berlaku.

Pssttt! Ada hikmah tiba-tiba jiran minta tolong baiki CCTV tu kan. Ke memang jiran ada niat nak bongkarkan? Jeng jeng.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.