Suami berang bunuh, kerat mayat isteri enggan masak

26 Nov 2026 • 10:34 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suami berang bunuh, kerat mayat isteri enggan masak

BANGKOK  – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis Thailand kerana disyaki membunuh dan mengerat mayat isterinya sebelum membuang anggota badan mangsa di kawasan longgokan sampah setelah mereka bertengkar mengenai hidangan makan malam, lapor saluran berita The Sun UK.

Suspek yang dikenali sebagai Banyar Soe Hlaing, 21, ditahan di wilayah Samut Sakhon, dekat  Bangkok, lewat malam Isnin lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya yang berumur 26 tahun.

Polis berkata, mayat mangsa ditemui penduduk setempat di kawasan pembuangan sampah berkenaan malam Ahad lalu sebelum  laporan polis dibuat.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pasangan itu bertengkar apabila mangsa didakwa enggan memasak makan malam untuk suspek. 

Banyar yang hilang kawalan kemudian dikatakan membunuh mangsa, memotong tubuhnya kepada beberapa bahagian dan memasukkannya ke dalam guni sebelum dibuang di tempat pembuangan sampah terletak kira-kira 19 meter kaki dari bangunan pangsapuri kediaman mereka.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian merakam kelibat suspek membawa guni melalui koridor bangunan menuju ke tempat pembuangan sampah sebanyak tiga kali. Dia dilihat kembali keesokan harinya untuk membuang pakaian serta barangan peribadi mangsa sebelum melarikan diri.

Semasa disoal siasat melalui jurubahasa, suspek mengaku membunuh isterinya, namun mendakwa dia tidak berniat berbuat demikian. 

Dia juga mendakwa membuang tangan mangsa yang putus serta pisau yang digunakan dari balkoni pangsapuri. Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum ditemui. – AGENSI

The post Suami berang bunuh, kerat mayat isteri enggan masak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved