Wanita dipenjara tiga bulan, didenda kerana sembunyi kelahiran bayi

9 Nov 2026 • 4:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Wanita dipenjara tiga bulan, didenda kerana sembunyi kelahiran bayi

Seorang pembantu kedai makan berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat berkenaan ke dalam longkang.

KUALA BERANG: Seorang pembantu kedai makan dipenjara tiga bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran anaknya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam longkang.

Majistret Nur Athirah Hashim turut memerintahkan Nur Ain Adilin Mohd Rofiza, 23, menjalani hukuman penjara lima bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Wanita itu didapati dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi, dengan cara membuang mayat bayi berkenaan ke dalam longkang.

Kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan itu dilakukan pada kira-kira 10 malam, 15 Okt, di Perumahan Awam Kos Rendah, Padang Setengge, di sini.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nor Aziah Bunawan memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum berbentuk denda, dengan mengambil kira usia tertuduh yang masih muda serta tindakannya yang didakwa berpunca daripada keadaan panik ketika kejadian.

“Pengakuan bersalah OKT (Orang Kena Tuduh) juga telah menjimatkan masa mahkamah dan pihak pendakwaan, serta OKT menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli memohon hukuman penjara dikenakan, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan kerana kesalahan itu membabitkan bayi tertuduh sendiri, selain hukuman setimpal perlu diberikan sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab dalam kenyataan memaklumkan, mayat seorang bayi tanpa kepala dan sebelah tangan ditemukan di dalam longkang di kawasan perumahan Kampung Padang Setengge pada 16 Okt lepas.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan cukup bulan, namun jantina serta sama ada bayi itu masih hidup atau telah meninggal dunia ketika dilahirkan, tidak dapat dipastikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved