Suami Buat Kejutan Hadiahkan Jam Cartier Buat Atikah Suhaime, Netizen Sebak Tengok - “Awak Isteri Yang Terbaik…”

31 Oct 2026 • 11:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Suami Buat Kejutan Hadiahkan Jam Cartier Buat Atikah Suhaime, Netizen Sebak Tengok - “Awak Isteri Yang Terbaik…”

Sepotong video memaparkan pelakon Datin Atikah Suhaime menerima kejutan hadiah jam tangan mewah Cartier daripada suaminya, Datuk Lokman Teh mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian di Instagram, Atikah kelihatan terkejut apabila suaminya meletakkan kotak hadiah di hadapannya ketika mereka sedang menikmati hidangan.     View this post on Instagram           A post shared by Atikah Suhaime 🇮🇩🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) Namun, bukan sekadar pemberian mewah menjadi perhatian, sebaliknya cara Lokman berulang kali meyakinkan isterinya bahawa dia layak menerima hadiah tersebut menyentuh hati ramai.“Tak melampau. Mana ada melampau untuk isteri saya.“Awak isteri yang terbaik. Suka tak? Cuba pakai,” katanya sebelum membantu Atikah menyarungkan jam berkenaan.Dalam video sama, Atikah mengakui tidak menyangka menerima hadiah istimewa kerana hari tersebut bukan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan mereka.“Saya terkejut, kenapa awak sangat baik? Saya maksudkan, ini bukan hari lahir saya, bukan hari ulang tahun kita,” ujarnya.Lokman menjelaskan dia pada awalnya berhasrat membelikan kereta, namun memilih jam tangan kerana isterinya belum mempunyai lesen memandu.Atikah pula mengakui tidak pernah terfikir memiliki jam berjenama kerana lebih mengutamakan pembelian praktikal seperti emas.“Tapi saya tak pernah fikir saya akan pakai jam berjenama. Pertama kali saya dapat rasa benda berjenama di tangan saya.“Ini sangat mahal. Terima kasih, terima kasih. Saya tak sangka,” luahnya.Menjengah ruangan komen, ramai netizen mengakui tersentuh melihat layanan Lokman yang membuatkan isterinya berasa disayangi dan dihargai.“Saya suka bagaimana dia terus mengulangi, ‘Awak layak menerimanya’.“Dah tengok semalam, tengok lagi pagi ini. Sebak, gembira dan bahagia untuk mereka,” komen beberapa netizen. 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved