Suami Bunga Citra Lestari Ditahan Polis Di Jakarta, Tiko Sahkan Isteri Tiada Kaitan

WorldEntertainment
17 Jul 2024 • 12:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bunga citra lestari

Suami kepada penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari, Tiko Aryawardhana telah ditahan di Balai Polis Jakart Selatan bagi memberi keterangan mengenai kes penyelewengan wang syarikat.

Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, AKBP Bintoro memaklumkan bahawa pihaknya sudah melaksanakan pemeriksaan lanjut terhadap Tiko.

Sementara itu, Tiko yang ditemui media menegaskan bahawa kes berkenaan tiada kena mengena dengan isteri tersayang, Bunga Citra Lestari.

Alhamdulillah sudah selesai beri keterangan. Saya ingin ingatkan ini masalah dengan bekas isteri saya. Tiada kaitan dengan BCL.

Terdahulu, Tiko didakwa dengan pertuduhan menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta yang dilakukan antara 2015 hingga 2021 oleh bekas isterinya. Arina Winarto.

Tiko dan bekas isterinya, Arina Winarto bercerai pada Oktober 2021 setelah 7 tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

image is not available

Jap!