Tiko Aryawardhana Minta Jangan Kaitkan Nama BCL Dalam Isu Seleweng Duit

Entertainment
12 Jul 2024 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana selesai memberi keterangan di Balai Polis Jakarta Selatan pada Khamis berhubung dakwaan menyeleweng wang syarikat yang pernah diusahakan sebelum ini bersama bekas isterinya.

Tiko bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan siasatan yang dilakukan dan dia meminta pemberita untuk henti kaitkan kes ini dengan BCL.

“Alhamdulillah sudah selesai beri keterangan. Saya ingin ingatkan ini masalah dengan bekas isteri saya. Tiada kaitan dengan BCL,” katanya sebelum berlalu pergi.

image is not available

Dalam pada itu, Irfan Aghasar, peguam yang mewakili Tiko memaklumkan bahawa anak guamnya itu memberikan kerjasama baik dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Segala keterangan yang diberikan itu diharapkan dapat menepis segala dakwaan bekas isteri Tiko iaitu Arina Winarto berhubung salah guna wang syarikat.

“Sekitar 40 hingga 50 sooalan dan semuanya berkaitan aliran dana syarikat. Kami berharap keterangan ini menjadi bukti yang baru membantah semua tuduhan dibuat.”

image is not available

Untuk rekod, Tiko sebelum ini didakwa menggelapkan wang syarikat berjumlah RM 1.7 juta yang dilakukan antara 2015 hingga 2021.

Tiko dan Arina bercerai pada 28 Oktober 2021 selepas 7 tahun berkahwin, mereka dikurniakan 3 cahaya mata sebelum berkahwin dengan BCL pada 2 Diember tahun lalu di Bali, Indonesia.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.