“Suami Dah Helok, Bini Makin Gedik” – Sakan Menari Dengan Adik, Bella Astillah Ditegur Netizen

30 Nov 2022 • 5:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon wanita, Bella Astillah telah mencuri perhatian orang ramai selepas memuat naik hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 28 tahun itu dilihat menari mengikut trend lagu ‘Made You Look’ oleh penyanyi antarabangsa, Meghan Trainor.

Malah, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah turut menari bersama adiknya, Didi Astillah dengan kedua mereka menggayakan pemakaian serba ‘pink’.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons daripada orang ramai di ruangan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah menegur isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz itu kerana tidak menjaga pemakaiannya dan menari sakan walaupun suaminya kini sudah berhijrah.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Mengundang Bala!" - Sertai Program 'Bachelor' Malaysia Untuk Kenal 13 Wanita, Zul Ariffin Dikritik Netizen