Suami Dakwa Elcah Terpaksa Buat Kenyataan ‘Back Up’ Syada Amzah – “Ada Pihak Desak Dia ‘Clear’ Kan Nama”

EntertainmentLifestyle
1 Aug 2025 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suami kepada pempengaruh Elcah iaitu Hafizzudin Hamri atau lebih dikenali dengan nama Afi Hamri mendakwa isterinya terpaksa membuat kenyataan kerana didesak segelintir pihak.

Menerusi Threads, Afi berkata Elcah terpaksa membuat hantaran di Instagram story untuk membersihkan nama rakan baiknya, Syada Amzah dengan mengatakan penyanyi itu tiada kaitan dan apa yang berlaku hanya salah faham.

image is not available 2025-08-01 11:15:55

Syada Amzah Dituduh 'Si Polan' Punca Rumah Tangga Goyah, Elcah Tampil Bersuara - "Kami Dah Kawan Hampir 10 Tahun, Dia Cuba Tolong.."

Afi yang sebelum mendedahkan mesej perbualan Syada dan Elcah juga turut menegaskan bahawa penyanyi tersebut merupakan perosak rumah tangganya.

Isteri saya terpaksa buat kenyataan sebab ada pihak desak dia ‘clear’ kan nama Syada. Padahal dari awal dia perosak.

Tapi saya nak tegaskan, saya takkan clear kan apa-apa sampai ada kenyataan rasmi permohonan maaf dan berhenti ganggu rumah tangga kami.

 

View on Threads

 

Afi turut berkata Elcah bahagia dengannya dan mendakwa Syada pula yang asyik mempengaruhi isterinya itu untuk bercerai menerusi mesej-mesejnya.

Jangan rosakkan orang lain sebab hidup kau sendiri tak damai.

image is not available