Suami Dakwa Isteri Curang Dengan Pemain Bola Sepak Import, Sudah Beberapa Kali ‘Check In’ Hotel

LocalFootball
21 Nov 2025 • 9:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Arena bola sepak tempatan baru-baru ini kecoh apabila satu pendedahan ‘panas’ tular di media sosial, mendakwa seorang pemain import Liga Super terlibat dalam skandal rumah tangga.

Pemain import berusia 28 tahun itu pula difahamkan antara tonggak utama pasukan tersebut musim ini.

Lebih menghangatkan keadaan, jika dakwaan itu benar, karier pemain berkenaan boleh terus menjunam dan reputasinya pasti tercalar teruk.

Artikel berkaitan: Polis Sahkan Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Suspek Kes Temb*kan Di Golok

Suami kepada wanita tersebut dikatakan sudah tak tahan lagi dengan apa yang berlaku, lalu nekad mendedahkan dakwaan hubungan sulit isterinya dengan pemain import itu.

Dalam perkongsian yang tular, lelaki berkenaan meluahkan rasa sedih dan kecewa, sambil mendakwa isterinya bukan saja curang, tetapi dah berkali-kali menempah hotel bersama pemain tersebut.

Tak lama kemudian, cerita itu meletup dalam kalangan penyokong, dengan pelbagai spekulasi dan perbincangan hangat memenuhi media sosial.

Pun begitu, hantaran Facebook tersebut kini sudah dipadam. Suami kepada wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia berbuat demikian bagi mengelakkan keluarga isterinya menanggung rasa malu.

Setakat ini, baik pihak kelab mahupun pemain sendiri masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.