Suami Dakwa Jadi Mangsa Penderaan Zehra Zambri - “Ini Bukan Fantasi Nakal Atau S*ks Ganas Tapi Saya Betul Dipukul”

10 Apr 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin menganggap alasan tuntutan permohonan perceraian yang difailkan isterinya itu tidak munasabah. 

Malah Iqwan turut mendakwa dia menjadi mangsa penderaan isterinya sendiri selama tiga tahun mereka berkahwin. 



“Hasrat dia nak jadikan saya duda nampaknya terpaksa ditangguh, saya yakin dia juga tak sabar nak jadi janda. Tapi alasan yang diberikan tidak munasabah. Ada dua alasan yang saya nak sebut iaitu pertama, saya menyebabkan emosinya terganggu dan alami tekanan.

“Sebagai suami, salahkah ke saya tegur dia menari terkinja-kinja. Adakah disebabkan itu emosinya terganggu? Yang kedua, dia kata saya culss dalam tanggungjawab melindunginya dari segi mental dan fizikal. 

“Nak cakap fasal fizikal, selama tiga tahun perkahwinan, saya dah empat kali kena pukul dengan Zehra. Ini bukan fantasi nakal atau seks ganas. Ini saya betul-betul dipukul. Saya ada loporan polis dan laporan kesihatan. 
 

“Dia cakap fasal pengabaian fizikal tapi sebenarnya saya yang dipukul. Tapi kenapa pula saya yang dituduh buat pengabaian fizikal?” katanya kepada Gempak. 

Berkongsi lebih mengenai perkara itu, Iqwan juga mendakwa kejadian dia dipukul berlaku sebelum dan ketika isterinya menyertai program realiti. 

“Masa separuh akhir program itu, saya kena pukul sebab ada peminat dia like gambar saya dan Zehra menuduh saya ada skandal dengan wanita itu. Saya ada buat laporan polis ketika itu tapi polis beri saya dua pilihan sama ada nak tahan dia atau selesaikan isu secara suami isteri.

“Jadi saya pilih secara baik sebab taknak ganggu persembahannya. Tapi apa saya lakukan adalah laporkan keadaan saya kepada talian Nur.

“Sebelum itu, saya pernah kena pukul sebulan sebelum GV tapi saya tetap menyokong dan bawa dia ke sana sini masa GV. Kali pertama kena pukul saya tak ingat tapi kali kedua, saya dipukul sebab nak lindungi anak saya iaitu pada 11 Januari 2024,” ujarnya. 

Sebelum ini, Iqwan enggan melepaskan Zehra dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat memutuskan kedua-dua pihak melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 7 Mei depan.