Suami Datuk Seri Nancy Shukri Meninggal Dunia

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 7:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Suami Datuk Seri Nancy Shukri Meninggal Dunia

Suami Datuk Seri Nancy Shukri Meninggal Dunia

Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari, telah meninggal dunia pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang menyatakan Allahyarham, yang juga suami kepada Ahli Parlimen Santubong, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, jenazah Allahyarham akan diuruskan terlebih dahulu di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak pada Jumaat (esok).

Setibanya di Kuching, jenazah akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy Shukri di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

Selepas itu, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Bagaimanapun, masa penghormatan terakhir akan dimaklumkan kemudian.

Dalam kenyataan sama, orang ramai turut diajak bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.