Suami Nancy Shukri meninggal dunia

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 7:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suami Nancy Shukri meninggal dunia
Allahyarham Kamil menghembuskan nafas terakhir pada petang Khamis.

SHAH ALAM - Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri meninggal dunia pada Khamis.

Pemergian Allahyarham Datuk Kamil Misuari itu dikongsikan oleh Pejabat Menteri KPWKM menerusi satu kenyataan media.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham yang juga suami kepada Ahli Parlimen Santubong berkenaan kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

Kenyataan sama memaklumkan jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak pada Jumaat.

Jenazah akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy di Taman Serira, Jalan Mengeris, Petra Jaya, Kuching bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.

Bagaimanapun, masa penghormatan terakhir akan dimaklumkan kemudian.

Pejabat Menteri KPWKM turut mengajak orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.