Suami dedah Heliza Helmi bawa banyak makanan kucing, sedih rosak di dalam bot

2 Oct 2025 • 4:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bukan sahaja mahu membantu kanak-kanak Gaza, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi juga berhasrat memberi makan kepada kucing jalanan di wilayah bergolak itu.

image is not available

Heliza Helmi buat persiapan awal sebelum berangkat

Memetik laporan daripada Mstar, suaminya, Datuk Seri Mahadi, 43 menyatakan Heliza membuat persiapan awal dengan membawa banyak makanan kucing sebelum menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Namun, sebahagian bekalan itu rosak akibat masalah bot ketika pelayaran.

“Dia tak sabar nak jumpa kanak-kanak dan anak-anak kucing di Gaza. Dia siap bawa makanan kucing yang banyak ke sana. Disebabkan perkara itu dia sedih sampai menangis tak dapat bawa makanan kucing yang rosak itu ke sana,” katanya.

image is not available

Heliza Helmi sentiasa ‘update’ perkembangan

Mahadi berkata, sepanjang pelayaran Heliza sentiasa mengemas kini perkembangan kepada keluarga, yang sedikit sebanyak memberi ketenangan buat mereka di tanah air.

“Bagusnya Heliza, dia sentiasa kemas kini pada saya dan keluarga tentang apa yang berlaku. Perkara itu antara yang buat saya tenang,” ujarnya.

image is not available

Heliza, 39, kini antara 15 aktivis kemanusiaan yang ditahan rejim Zionis ketika menyertai misi GSF menghantar bantuan ke Gaza. Misi itu bukan sahaja menyalurkan bantuan kemanusiaan, malah membantah sekatan berpanjangan ke atas wilayah berkenaan.

Difahamkan, pihak GSF bersama kerajaan Malaysia sedang giat berusaha melalui saluran diplomatik untuk memastikan semua sukarelawan yang ditahan dibebaskan segera.

Sumber: Mstar (Amin Hazlan)