“Terima Kasih Beri Keizinan & Reda, Ku Serah Dirimu Dalam Penjagaan Allah” – Mesej Terakhir Heliza Helmi Untuk Suami Sebelum Ditahan

2 Oct 2025 • 11:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi dilihat sempat memberi mesej terakhir sebelum ditahan oleh Isreal buat suami, Datuk Mahadi Badrul Zaman susulan memberi keizinan untuknya menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.\

“Ku serahkan dirimu dalam penjagaan Allah”

Dalam mesej tersebut, Heliza berkata dirinya menyerahkan suami dalam penjagaan Allah, sementara dia berjihad untuk menghantar bantuan kepada saudara Islam di Gaza.

Maceh (terima kasih) beri keizinan dan reda . Ku serahkan dirimu dalam penjagaan Allah. Amin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahadi BZ (@mahadibz)

Suami Heliza reda dengan pemergian isteri

Difahamkan, mesej tersebut ditinggalkan oleh Heliza dalam hantaran suami yang memohon doa daripada netizen untuk keselamatan 34 orang aktivis kemanusiaan daripada Malaysia.

Dalam pada itu, Mahadi dilihat sempat menyatakan bahawa dia meredai pemergian Heliza kerana Allah SWT.

Ku meredhaimu kerana Allah. Jumpa nanti insya-Allah.

image is not available 2025-10-02 08:12:38

"Serahkan Barang Bantuan, Kami Uruskan!" - Heliza Helmi Kongsi Detik Cemas Kapal Flotila Dipintas Tentera Isra*l Di Perairan Antarabangsa