Suami ‘dikerah’ makan tembikai, tak sangka pulang bawa gelaran juara

23 Sep 2025 • 4:21 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – ‘Datang sebab isteri suruh, balik pula jadi juara makan tembikai.’

Itu reaksi spontan Amirul Amzar, 33, selepas secara tidak sengaja menyertai pertandingan makan tembikai di Aeon Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Difahamkan, isterinya telah mendaftarkan nama Amirul tanpa pengetahuannya sebelum memanggilnya turun dari Popular Bookstore, tempat dia berada ketika itu.

“Sampai saja di lokasi, pengacara terus umum nama saya. Terkejut juga sebab langsung tak tahu saya masuk pertandingan. Tiba-tiba depan mata dah ada sebiji tembikai,” katanya.

Menurut Amirul, meskipun tanpa persediaan, dia tetap menyahut cabaran dan akhirnya berjaya menamatkan cabaran dalam masa ditetapkan.

“Lepas habis makan, saya terus pergi pada isteri dan dengan yakin cakap yang saya akan menang. Tak sangka betul memang jadi juara,” katanya lagi.

Rakaman video yang dimuat naik Amirul di TikTok kini tular dengan pelbagai komen lucu daripada warganet.

“Isteri target hamper tu tapi dia korbankan kau bang.”

“Takde angin takde ribut, tiba-tiba diheret masuk pertandingan makan tembikai.”

“Betul apa ustaz kata, tak ada orang yang benar-benar kenal kita melainkan pasangan sendiri. Bini abang saja yang tahu bakat terpendam abang,” tulis mereka pada ruangan komen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved