Suami disyaki pukul isteri kerana tutup pintu dengan kuat ditahan

3 Jan 2024 • 7:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan ketika bertengkar, dikatakan semata-mata kerana marahkan isterinya kerana menutup pintu dengan kuat di rumah mereka di Taman Maju Jaya, Ampang di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pengadu yang berumur 40 tahun itu mengalami lebam pada badan di samping kecederaan pada bahagian kaki dan tangan, dalam kejadian 2 pagi.

Beliau berkata suspek berusia 45 tahun ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 5.25 petang semalam, dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan, dan di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

“Permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Ampang dipohon hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved